Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Tidak semua kecam pengarah 'Guardians Of The Galaxy'

Tidak semua orang berpuas hati dan mula menjarakkan diri daripada James Gunn

Anggaran Waktu Membaca:
Tidak semua kecam pengarah 'Guardians Of The Galaxy'

Watak filem 'Guardians Of The Galaxy'. (Gambar: Malaysiakini)

Diterbitkan : 22 Jul 2018 09:46PM Dikemas Kini : 22 Jul 2018 09:48PM

AMERIKA SYARIKAT: Selepas dipecat daripada tugas lumayan mengarahkan filem ketiga siri 'Guardians Of The Galaxy', tidak semua orang berpuas hati dan mula menjarakkan diri daripada James Gunn.

Malah, pengarah itu mendapat sokongan daripada para bintang utama filem cereka sains tersebut, Michael Rooker, Dave Bautista dan Sean Gunn.

Menurut laporan agensi berita Malaysiakini, Bautista, misalnya tidak cepat melatah dengan mengecam pengarah terbabit. Sebaliknya, Bautista, 49 tahun, bersikap sederhana.

"James sudah melakukan kesilapan. Tapi semua orang pernah melakukan kesilapan," kata beliau yang membawa watak Drax The Destroyer dalam siri adiwira berkenaan.

Rooker, bagaimanapun memilih untuk bersikap mencari jalan lebih selamat berbanding mempertahankan James.

"James Gunn tahu dia tersilap. Itu paling penting," tulisnya di Twitter. Namun, kenyataan Rooker yang membawa watak Yondu Udonta itu kemudian 'ghaib' dari dunia maya.

James semalam dipecat daripada tugasnya sebagai pengarah filem ketiga 'Guardians Of The Galaxy', yang sedang disiapkan. Sebelum itu, beliau juga merupakan pengarah dua filem terdahulu.

James, 51 tahun, didakwa mempersendakan isu pedofilia serta masalah rogol melalui tulisan di Twitter bertahun-tahun lalu, namun hanya dikesan semula baru-baru ini.

James mengaku ia adalah satu tindakan yang "bodoh" dan beliau (James) menyesali kenyataan itu yang tidak lucu sama sekali.

"Saya memahami dan menerima keputusan dibuat Walt Disney Studios dan saya bertanggungjawab sepenuhnya atas perbuatan saya," katanya.

Sejauh ini, Walt Disney Studios belum mengumumkan pengarah pengganti bagi filem ketiga 'Guardians Of The Galaxy'.

Sumber : Agensi berita/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan