Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

“Tidak ada siapa tahu kesukaran saya,” luah Aliff susuli video viral

“Terus ketawa atas kesakitan saya. Ya, saya memang teruk. Saya yang buat masalah sendiri.”

Anggaran Waktu Membaca:
“Tidak ada siapa tahu kesukaran saya,” luah Aliff susuli video viral

Aliff Aziz. (Gambar-gambar: Instagram/Aliff Aziz)

Diterbitkan : 16 Jan 2020 02:55PM Dikemas Kini : 16 Jan 2020 03:06PM

SINGAPURA: “Terus ketawa atas kesakitan saya. Ya, saya memang teruk. Saya yang buat masalah sendiri.”

Demikian luahan Aliff Aziz di Instagram Story semalam (15 Jan) sebagai respons kepada video yang tular di laman media sosial sejak Isnin lalu (13 Jan) yang memaparkan penyanyi itu sedang bertengkar dengan seorang lagi individu yang tidak jelas identitinya.


Di bahagian tengah rakaman video lebih seminit itu, beliau kelihatan membaling sebuah kerusi plastik sebelum mengundurkan diri daripada tempat yang kelihatannya bahagian luar sebuah kedai makan yang sedang ditutup.

Sejenak kemudian, Aliff dilihat kembali di hadapan kedai makan itu. Sambil terus meninggikan suara, beliau kali ini membuka zip seluarnya dan menayangkan kemaluannya ke arah individu berkenaan.

(Petikan skrin video: Facebook/Official_Fidz)
Sumber : BERITA Mediacorp/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan