Images
  • the flash
    The Flash yang dilakonkan Grant Gustin. (Gambar: cwtheflash/Instagram) 

The Flash cuba cakap Melayu, tambat hati peminat

SINGAPURA: Nampaknya bukan Thor saja adiwira yang boleh bertutur dalam salah satu bahasa di rantau ini, The Flash juga mampu berbuat demikian.

Ramai peminat The Flash tertambat hati dengan pelakon Grant Gustin yang cuba berbahasa Melayu baru-baru ini.

Dalam satu klip video yang dimuat naik ke akaun Instagram isterinya Andrea "LA" Thoma semalam (15 Jan), beliau turut tergelak apabila Gustin cuba sedaya upaya untuk menyebut "jangan kacau". 

Kapsyen yang mengiringi video itu pula berbunyi: "inilah antara video kegemaran saya - percubaan saya mengajar G bagaimana untuk menyebut "jangan kacau saya. Saya selalu tersenyum apabila menonton video ini."

Thoma adalah warga Amerika Syarikat dari Malaysia berketurunan Kadazan di Sabah.

Selepas berkali-kali mengajar Gustin, pelakon itu tetap kurang fasih menyebut "jangan" disebabkan sebutan "ng".

Malah seorang peminat yang menyumbang komen berkata: "'Ng' dalam perkataan jangan. Kami tidak pernah sedar ia begitu sukar untuk disebut!" 

- CNA/SM/sm

Top