Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Tertekan dek cukai, hutang; berat badan Datuk Seri Vida turun lebih 5kg

Usahawan kosmetik popular Datuk Seri Hasmiza Othman berkongsi bahawa berat badannya susut lebih lima kilogram dalam tempoh 10 hari.

Anggaran Waktu Membaca:
Tertekan dek cukai, hutang; berat badan Datuk Seri Vida turun lebih 5kg

Gambar: Dato Seri Vida/Facebook

Diterbitkan : 01 May 2018 09:18AM Dikemas Kini : 01 May 2018 09:40AM

KUALA LUMPUR: Usahawan kosmetik popular Datuk Seri Hasmiza Othman berkongsi bahawa berat badannya susut lebih lima kilogram dalam tempoh 10 hari.

Jelas pengusaha kosmetik yang terkemuka dengan panggilan Datuk Seri Vida itu, penurunan badannya disebabkan tertekan dengan beban hutang dan masalah perniagaan, lapor Astro Gempak.

"Saya terima serangan bertubi-tubi dari kiri kanan depan belakang terutamanya berhubung masalah perniagaan.

"Jiwa saya kacau! Tetapi saya akur, inilah harga sebuah populariti. Orang akan sentiasa memandang dan mencari semua salah kita sampai tak boleh bernafas.

"Saya turun lima kilogram dalam 10 hari sebab tertekan dengan masalah terlalu banyak. Jarang saya biarkan masalah dalam kepala tetapi kali ini saya gagal," katanya kepada Astro Gempak.

Datuk Seri Vida yang ditemui di pertunjukan fesyen Primavalet Fesyen Hub Lebaran 2018 di Hotel Majestic Kuala Lumpur beberapa hari lalu, juga mengakui, tekanan yang dihadapinya membuatkan beliau terduduk dan menangis.

Mahkamah Tinggi Ipoh baru-baru ini mengarahkan Datuk Seri Vida menyelesaikan bayaran cukai pendapatan individu bagi tempoh lima tahun yang dituntut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjumlah lebih RM4.6 juta (S$1.5 juta) sebelum 21 Mei depan.

Astro Gempak melaporkan bahawa arahan penyelesaian di luar mahkamah itu diputuskan Pesuruhjaya Kehakiman, Anselm Charles Fernandis selepas tuntutan berkenaan difailkan peguam LHDN, Nor Hidayah Mohd Anas di kamar hakim.

Datuk Seri Vida dikehendaki membayar kepada LHDN mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun taksiran 2011 hingga 2015.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan