Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Terharu lihat anak kecil bekerja, Aznil Nawawi ajak penerbit ambil penjual tisu jadi pelakon

Interaksi antara pengacara popular Malaysia Aznil Nawawi dengan seorang budak kecil baru-baru ini menarik perhatian warga online sehingga membuat sebahagian orang tersentuh.

Anggaran Waktu Membaca:
Terharu lihat anak kecil bekerja, Aznil Nawawi ajak penerbit ambil penjual tisu jadi pelakon

(Petikan video: Instagram/@aznilnawawihm)

Diterbitkan : 22 Jan 2020 12:52PM Dikemas Kini : 22 Jan 2020 12:56PM

MALAYSIA: Interaksi antara pengacara popular Malaysia Aznil Nawawi dengan seorang budak kecil baru-baru ini menarik perhatian warga online sehingga membuat sebahagian orang tersentuh.

Pada Selasa (21 Jan) selebriti yang mesra disapa Pak Nil itu memuat naik dua petikan video ke akaun Instagramnya yang merakam perbualan beliau dengan seorang budak lelaki yang kelihatan menjaja kertas tisu di kedai makanan.

Pada awal perbualan budak kecil itu kelihatan dengan selambanya bersetuju apabila Pak Nil menyakatnya dengan menawarkan sepuluh sen untuk memborong kesemua jualannya.

"Berapa ni?"

"Ikut suka hati nak bayar berapa"

"Ini seposen (sepuluh sen) boleh?"

"Boleh!", jawab budak itu ceria dan bersahaja.

Pak Nil kemudian berkata kepada budak itu bahawa beliau hanya bergurau dan mula mengeluarkan dompetnya.

Sedang Pak Nil mengira duit, perbualan yang mulanya comel tukar menjadi menyayat hati apabila budak itu sambung bercerita.

"Saya nak tolong emak, sebab ayah sudah meninggal," kongsi budak itu.

Dalam kapsyen catatan susulannya, Pak Nil menyifatkan kejujuran budak itu sebagai menghiburkan.

Dalam pada itu, personaliti tersebut juga mempelawa mana-mana penerbit yang memerlukan pelakon kanak-kanak supaya mengambil anak kecil itu bekerja.

"Kalau ada produser nak pelakon kanak-kanak, tolong ambik anak ini, Pak Nil rasa macam dia ada bakat yang semula jadi la," tulis Pak Nil.

"Suara bercakap pun sedap dan lembut. Semoga Allah menjaga mu anak," tambahnya lagi.

Menurut Pak Nil, kejadian tersebut berlaku di sebuah kedai makan Jalan Masjid, Kampung Melayu Majidee, di Johor Bahru. 

Sumber : Agensi berita/BERITAmediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan