Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Tengok wajah Ropie saja buat Zul Ariffin tergelak

Pelakon Zul Ariffin mengakui menghadapi kesukaran apabila berada di sebelah Ropie sepanjang penggambaran filem Hantu Kak Limah.

Anggaran Waktu Membaca:
Tengok wajah Ropie saja buat Zul Ariffin tergelak

Filem Hantu Kak Limah terbitan Astro Shaw dan Infinitus Gold. (Gambar: @zul_ariffin/Instagram)

Diterbitkan : 14 Aug 2018 03:06PM Dikemas Kini : 14 Aug 2018 03:14PM

KUALA LUMPUR: Pelakon Zul Ariffin mengakui menghadapi kesukaran apabila berada di sebelah Ropie sepanjang penggambaran filem Hantu Kak Limah.

Selain tidak tahan mahu tergelak semasa berlakon, beliau mengaku bahawa Ropie seseorang individu yang lucu secara semula jadi.

Agensi berita Astro AWANI menukil Zul sebagai berkata: "Dari scriptreading lagi saya sudah tergelak-gelak terutama babak saya kena tibai dengan Hantu Kak Limah."

"Kemudian, ketika di set pula apabila berada di sebelah Ropie, puas saya mencari cara untuk elak tergelak setiap kali memandang wajah dia.

"Dia memang semula jadinya kelakar dan kami memang enjoy ketika dalam set," katanya.

Zul melakonkan watak seorang guru silat, bernama Solihin.

Menurut Astro AWANI, Zul mengongsi bahawa lawak Mamat Khalid memang kelakar tanpa perlu seseorang pelakon itu mereka-reka.

Astro AWANI menukil beliau sebagai berkata: "Kalau bukan Mamat Khalid saya takkan buat, skrip dia memang sudah menjadikan naskhah itu komedi. Kalau filem lain pula pelakon yang perlu jadi kelakar untuk hidupkan karakter."

"Tapi babak demi babak Hantu Kak Limah memang sudah kelakar. Itulah air tangan Mamat Khalid yang tak siapa mampu buat," tambahnya.

Hantu Kak Limah merupakan francais keempat kisah Kampung Pisang, bermula dengan Zombi Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah dan Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit.

Hantu Kak Limah terbitan Astro Shaw dan Infinitus Gold sudah mula ditayangkan sejak Khamis lalu dan meraih kutipan pecah panggung RM1.8 juta pada hari pertama pembukaannya. 

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan