Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Teman dalam Lagu, raikan persahabatan erat S'pura-Brunei

Konsert tahunan Rapsodi, terbitan bersama Mediacorp dan Radio Televisyen Brunei, kembali menghiburkan para penonton malam ini (8 Dis) dengan persembahan lebih hebat!

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAMediacorp: Konsert tahunan Rapsodi, terbitan bersama Mediacorp dan Radio Televisyen Brunei, kembali menghiburkan para penonton malam ini (8 Dis) dengan persembahan lebih hebat!

Acara diserikan dengan kehadiran Menteri Penerangan dan Perhubungan Dr Yaacob Ibrahim dan Timbalan Menteri dalam Pejabat Perdana Menteri Brunei, Dato Seri Paduka Awang Haji Hamdan Haji Abu Bakar.

TEMAN DALAM LAGU TAMPILKAN IKON MUZIK BERPENGARUH

Bertemakan "Teman dalam Lagu", Rapsodi 2017 menampilkan vokal mantap barisan penyanyi popular tanah air seperti Iskandar Ismail, Rahila Rashun, Hariani Hassan Bakri, Sunny Jackson serta Daly Filsuf.

Mereka berkongsi pentas dengan rakan-rakan dari Brunei termasuk Aziz Harun, PG Amilin, Syafiqah Rosli dan Hasrina Hj Pancha.

Barisan artis ini bergabung tenaga di atas satu pentas mendendangkan lagu-lagu hit popular terutamanya ikon-ikon muzik yang telah banyak menyumbang kepada industri muzik di rantau ini.

"Rahila akan menyanyikan sebuah lagu daripada ikon Singapura, Rahimah Rahim.
Rahila tidak pernah menyanyikan dan tidak pernah mendengar sebenarnya, tetapi bila saya sudah mendengarnya, saya jatuh cinta pada lagu itu", kata seorang artis Singapura Rahila Rashun.

Teman seindustrinya dari Brunei, Aziz Harun berkata: " Ini kali kedua saya pernah menyertai Rapsodi dan hari itu di Brunei, sekarang di Singapura. Aziz dapat belajar dari segi persembahan dan juga saya lihat cara-cara produksi pun berbeza daripada Brunei di mana saya boleh membawanya pulang ke Brunei untuk mengaplikasikannya di sana."

RAPSODI, WADAH KONGSI KOMUNIKASI SELURUH NUSANTARA

Bakat-bakat kreatif hasil kedua-dua negara membuktikan kejayaan Rapsodi untuk memeriahkan serta melestarikan karya muzik serantau.

"Kita telah menjalinkan hubungan bukan sahaja antara pegawai daripada kedua-dua stesen. Tapi saya rasa, Rapsodi juga sebagai satu wadah untuk anak-anak kita termasuk penyanyi, penari dan pemuzik berinteraksi dan bertukar-tukar fikiran antara satu sama lain", jelas Amirudin Abbas, Penerbit Eksekutif Eaglevision.

Tambah beliau lagi:"Daripada lagulah kita dapat berkomunikasi antara negara bukan sahaja antara Brunei dengan Singapura tetapi juga antara keseluruhan nusantara.".

Buat julung-julung kalinya, pementasan Rapsodi disiarkan dari Kampus Baru Mediacorp dan Radio Televisyen Brunei (RTB Aneka).

Rancangan sejam setengah jam ini menggandingkan hos dan pelakon terkenal tempatan, Shenty Feliziana, dengan hos dan penyampai berita Brunei, Raziq Raziqin. 

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan