Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Tayangan 4 filem ditangguh merata dunia termasuk S’pura akibat virus Wuhan

Tayangan empat filem China ditangguhkan di Singapura setelah ia ditarik balik dari pawagam-pawagam seluruh China menyusuli keprihatinan berhubung penularan virus Wuhan yang meragut nyawa 26 orang dan menjangkiti beratus-ratus yang lain.

Anggaran Waktu Membaca:
Tayangan 4 filem ditangguh merata dunia termasuk S’pura akibat virus Wuhan

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 25 Jan 2020 02:48PM Dikemas Kini : 25 Jan 2020 02:50PM

SINGAPURA: Tayangan empat filem China ditangguhkan di Singapura setelah ia ditarik balik dari pawagam-pawagam seluruh China menyusuli keprihatinan berhubung penularan virus Wuhan yang meragut nyawa 26 orang dan menjangkiti beratus-ratus yang lain.

Keempat-empat filem itu adalah antara tujuh filem yang dijadual ditayangkan di China pada hujung minggu cuti Tahun Baru Cina, dengan para pengkritik menjangkakan ia berupaya mengaut keuntungan lebih AS$1 bilion (S$1.3 bilion) bagi tayangan selama beberapa hari.

Tayangan bagi ketujuh-tujuh filem itu kini ditangguhkan. Ini bermakna filem-filem yang dihasilkan di China itu tidak akan ditayangkan di seluruh dunia selagi tayangan perdananya belum ditayangkan.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh penerbit filem dan pengedar China pada Khamis (23 Jan) menyatakan keputusan itu dibuat bagi mencegah kemungkinan berlakunya penularan virus korona di pawagam-pawagam.

Para pengendali pawagam di Singapura memberitahu Mediacorp bahawa tayangan bagi kesemua filem itu sudah dijadualkan semula di China dan seluruh dunia.

Empat filem yang dihasilkan di China yang dijadual ditayangkan di Singapura adalah filem Jackie Chan 'Vanguard', filem Legend of Deification, filem aksi "The Rescue" dan filem komedi "Detective Chinatown 3".

Namun, tayangan filem-filem itu akan ditangguhkan sehingga diberitahu kelak.

Syarikat-syarikat pawagam di Singapura, GV, Cathay Cineplexes dan Shaw Theatres menyatakan kesemua pelanggan yang sudah menempah tiket akan dikembalikan wang mereka.

Sumber : Today/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan