Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Taufik Batisah, Suhaimi Yusof antara barisan penghibur konsert istimewa Hari Kebangsaan

Sebuah konsert istimewa yang menampilkan barisan penghibur tanahair akan diadakan bagi meraikan Hari Kebangsaan Singapura yang ke-55 tahun - dan daya bingkas negara ini dalam menangani COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Taufik Batisah, Suhaimi Yusof antara barisan penghibur konsert istimewa Hari Kebangsaan

(Gambar: MCI)

Diterbitkan : 21 Jul 2020 10:41AM Dikemas Kini : 21 Jul 2020 03:13PM

SINGAPURA: Sebuah konsert istimewa yang menampilkan barisan penghibur tanahair akan diadakan bagi meraikan Hari Kebangsaan Singapura yang ke-55 tahun - dan daya bingkas negara ini dalam menangani COVID-19.

Konsert Hari Kebangsaan 2020 Taman di Pesisiran dan Mediacorp itu akan disiarkan pada 10 Ogos pada pukul 8:00 malam di wadah-wadah Mediacorp iaitu Saluran 5, meWATCH dan YouTube meWATCH.

Penyampai stesen radio Class 95FM Jean Danker merupakan pengacara bagi konsert selama sejam itu yang turut menampilkan artis-artis tempatan seperti Taufik Batisah, Nathan Hartono, Inch Chua, Gurmit Singh dan Suhaimi Yusof.

Tetamu terhormat acara, Presiden Halimah Yacob serta suaminya Encik Mohamed Abdullah Alhabshee turut akan menyertai nyanyian lagu Home, dengan susunan istimewa dan diiringi para artis Desmond Tan, JJ Neo dan Taufik.

Persembahan muzik 'The Light' yang dihasilkan oleh Mediacorp untuk meraikan wira-wira di barisan hadapan dalam menangani pandemik COVID-19, akan menampilkan artis-artis seperti Jarrell Huang, Richie Koh, James Seah, Daryl-Ann dan Felicia Chin dalam satu persembahan gabungan.

Para penonton boleh menikmati persembahan yang dirakam daripada daya tarikan Taman di Pesisiran seperti Supertrees, Flower Dome dan Cloud Forest.

"Muzik boleh memberikan suntikan semangat kepada masyarakat dan memupuk rasa kekitaan yang dikongsi sama semasa masa mencabar ini. Meskipun dengan COVID-19, saya gembira kerana Taman di Pesisiran dan Mediacorp kekal bertekad untuk membawakan Konsert Hari Kebangsaan kepada rakyat Singapura.

"Saya harap konsert pada tahun ini akan memberikan suntikan semangat dan menyatukan masyarakat kita yang pelbagai sebagai satu rakyat meskipun dengan cabaran yang mendatang."

Sumber : Today/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan