Images
  • maya karin (1)
    (Gambar: @maya_karin/Instagram)

Tangan Maya Karin melecur teruk bagai dikelar

MALAYSIA: Gara-gara tidak ingin air mendidih tumpah ke kaki ibu dan kakinya sendiri, Maya Karin sanggup menahan periuk panas dengan pergelangan tangannya ke singki.

Akibatnya, pergelangan tangan pelakon itu melecur teruk.

Pengalaman itu dikongsi sendiri oleh Maya Karin menerusi catatan Instagramnya.

"Lecuran paling teruk saya sejauh ini. I ingatkan ia akan bertambah baik sekarang tetapi buuuhuu... Tak nak tumpah air mendidih kat kaki sendiri sekali dengan kaki mak punya pasal I sanggup bawa sampai ke sinki baru lepas walaupun dah pedih," cerita Maya Karin.

Dalam wawancaranya bersama agensi berita mStar, Maya berkata insiden tersebut berlaku di rumahnya.

"Semasa itu saya angkat periuk mengandungi air panas. Entah macam mana, pegangan saya tak stabil. Nak elak dari terjatuh, saya tahan dengan pergelangan tangan dan bawa terus ke singki," jelas Maya.

Beliau tidak menjangkakan lukanya itu teruk sehinggalah pada keesokan harinya. Kulitnya mula menggelembung dan berair.

"Sepatutnya saya sapu ubat selepas kemalangan itu tetapi sebab saya abaikan lalu tidur... nampaknya luka tak kering sampai sekarang," ujarnya.

Pengalaman yang dikongsi di Instagramnya pula mengundang begitu banyak pujian baginya.

"Pengorbanan yang besar untuk mak you jugak... sanggup you tahan sakit bawak jugak periuk tu. May Allah bless you...get well soon dear," tulis seorang pengguna.  

- BERITAmediacorp/Agensi berita/AQ/aq

Top