Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Sut 'Iron Man' bernilai S$400,000 dicuri!

Kalau sut 'Iron Man' dalam filem aksi 'The Avengers' hilang, tentu dunia Marvel akan kucar-kacir dibuatnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Sut 'Iron Man' bernilai S$400,000 dicuri!

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 13 May 2018 10:23AM Dikemas Kini : 13 May 2018 10:24AM

LOS ANGELES: Kalau sut 'Iron Man' dalam filem aksi 'The Avengers' hilang, tentu dunia Marvel akan kucar-kacir dibuatnya.

Ini bukan rekaan semata-mata, tetapi kostum asli Iron Man berwarna merah dan keemas-emasan, yang dipakai pelakon Robert Downey Jr dalam filem adi wira terkenalnya pada 2008, benar-benar hilang!

Ini dilaporkan polis tempatan pada Selasa (8 Mei). Sut itu hilang dalam simpanan Marvel dan disyaki dicuri!

Pegawai Polis Christopher No memberitahu AFP bahawa pemilik gudang tersebut percaya kostum ikonik bernilai AS$325,000 (S$435,000) itu dicuri sekitar bulan Februari hingga 25 April lalu. Ianya hanya ditemui hilang ketika mereka membuat pemeriksaan untuk barangan di gudang yang terletak di Pacoima, utara bandar Los Angeles.

Encik No mengatakan pencurian "aneh" itu disifatkan sebagai keutamaan tinggi, dan para penyiasat masih belum menemukan sebarang bukti sejauh ini.  

Sumber : AFP/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan