Images
  • Hail Amir
    Penyanyi Hail Amir susut 30 kilogram sejak menghidap penyakit jantung pada 2018. (Gambar: Hail Amir/Instagram)

Susut 30kg sejak hidap penyakit jantung, Hail Amir kini makin pulih

KUALA LUMPUR: Hilangnya selera makan saat sakit memang sesuatu yang lumrah. Itulah yang dialami penyanyi veteran Malaysia, Hail Amir, sejak beliau didiagnosis menghidap penyakit jantung pada tahun lalu.

"Saya mula mengetahui yang saya menghidap penyakit jantung pada tahun lalu.

"Pada peringkat awal penyakit itu, saya telah hilang selera makan yang membuatkan berat badan saya telah turun kira-kira sebanyak 30 kilogram," katanya kepada Gempak.

Sungguhpun demikian, penyanyi yang popular dengan lagu malar segar 'Wajah Kesayangan Hamba' itu bersyukur kerana beliau kian beransur pulih.

Malah, Hail memberitahu Gempak bahawa selera makannya kini semakin bertambah berbanding sebelum ini.

"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana kesihatan saya kini semakin baik, selera makan pun semakin bertambah," katanya lagi.

Penyanyi popular era 1970-an itu berkongsi mengenai keadaan kesihatannya kepada Gempak ketika ditemui di Majlis Tautan Kasih yang diadakan di Arina Skyview, Kuala Lumpur pada Isnin (27 Mei).

Antara lagu-lagu hit Hail adalah Wajah Kesayangan Hamba, Ku Kejar Bayanganmu, Kabus dan lain-lain lagi.

- Agensi berita/AI/ai

Top