Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Suria ketengahkan adubakat kanak-kanak Juara Mic Junior! mulai 9 Januari

Rancangan realiti terbaru Mediacorp Suria untuk mencungkil bakat penyanyi cilik mendapat sambutan amat menggalakkan.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Rancangan realiti terbaru Mediacorp Suria untuk mencungkil bakat penyanyi cilik mendapat sambutan amat menggalakkan.

Seramai 150 kanak-kanak menghadiri sesi uji bakat yang diadakan bulan lalu bagi memilih 16 peserta!
Program Juara Mic Junior! yang akan disiarkan Januari depan.

Berusia antara sembilan hingga 12 tahun, kanak-kanak yang menyertai uji bakat tersebut bukan sahaja menyerlahkan bakat dan potensi besar dalam bidang nyanyian.

Mereka, bahkan juga beraksi untuk menampilkan persembahan yang terbaik bagi meraih gelaran Juara Mic Junior! pertama Suria.

Membantu untuk menggilap potensi bakat-bakat mereka ini ialah pencipta lagu Alif Abdullah, bintang cilik serta pendidik Asnida Daud serta penyusun lagu Mayuni Omar.

"Saya rasa gementar kerana saya tidak pernah melalui peristiwa sebegini. Dan saya berasa bangga kerana saya dapat masuk peraduan sebegini," kata adik Muhd Al-Husna, salah seorang peserta.

"Saya berasa gembira kerana saya dapat jumpa kawan baru dan memberi peluang untuk menunjuk bakat saya kepada semua orang," ujar adik Sarah Syalina pula.

Ketua Eaglevision yang menjadi penerbit rancangan tersebut, Cik Cik Sabariah Ramilan berkata bahawa para peserta sememangnya tampil dengan bakat sedia ada dan memang sudah ada asas dalam bidang menyanyi dan juga dari segi muzik.

"Jika kita bermula dari sekarang, mereka dapat diasah dan diasuh lagi untuk menjadi lebih bersedia menjadi penyanyi-penyanyi masa akan datang," tambah beliau.

Setiap minggu, para peserta bertarung untuk mengelak daripada disingkirkan. Hanya empat peserta yang akhirnya akan dipilih ke peringkat akhir.

Menjayakan rancangan berkenaan selaku pengacara ialah Fadli Kamsani, Farhana M Noor dan pemenang anugerah bintang cilik Pesta Perdana 2017, Freda Mel.

Siapakah nanti yang akan membawa pulang piala Juara Mic Junior! dan wang tunai $10,000? Anda boleh meneka apabila rancangan Juara Mic Junior! disiarkan setiap Selasa, 8.30 malam bermula 9 Januari depan.

Peringkat akhir pula dijadualkan berlangsung pada 27 Februari.
 

Sumber : BERITA Mediacorp/AY/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan