Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Suria hadiahkan 2 acara mega buat penonton pada Feb sempena ulang tahun ke-20

Sambutan ulang tahun Suria yang ke-20 akan disemarakkan lagi dengan dua acara mega pada bulan depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Suria hadiahkan 2 acara mega buat penonton pada Feb sempena ulang tahun ke-20

(Gambar: Mediacorp Suria)

Diterbitkan : 14 Jan 2020 10:05PM Dikemas Kini : 14 Jan 2020 10:06PM

SINGAPURA: Sambutan ulang tahun Suria yang ke-20 akan disemarakkan lagi dengan dua acara mega pada bulan depan.

Acara Roadshow Suria 20 dan konsert Suria Elektra 2020, masing-masing pada 1 Februari dan 7 Februari menjanjikan pengalaman menyeronokkan dan hiburan untuk seisi keluarga.

Pada 1 Februari, orang ramai dijemput ikut serta ke Roadshow Suria 20 di Wisma Geylang Serai. Selama tiga jam, anda berpeluang beramah mesra bersama personaliti dari program-program terbaru Suria antaranya seperti Forensik, Saga, Couple Cosmo dan Te:Ra Seh! 4.0.

Para penyampai dan wartawan BERITA juga akan turun padang dengan pelbagai kegiatan menarik untuk menggalak minat pengunjung dalam isu-isu ehwal semasa.

SURIA ELEKTRA 2020 SATUKAN 50 ARTIS DI SATU PENTAS

Sambutan diteruskan lagi pada 7 Februari dengan konsert gah Suria Elektra 2020. Berlangsung di Teater Mediacorp, acara dua setengah jam itu bakal menampilkan lebih daripada 50 artis yang menyumbang kepada rancangan-rancangan Suria sejak 20 tahun lalu.

Barisan artis yang bakal menyinari acara itu termasuk Ramli Sarip, Jatt Ali, Hanafie Warren, Rahimah Rahim, Aisyah Aziz, Sufi Rashid, Rahila Rashun dan ramai lagi. Suria Elektra 2020 akan dihoskan Najib Ali, Nurul Aini, Huda Ali dan Khairudin Samsudin.

Yang pasti, ia akan membawa penonton mengimbas kembali detik-detik bersejarah sambil mengubat rindu kepada rancangan-rancangan ikonik di Suria.

"Kami akan adakan sebuah acara permaidani merah di Town Square Mediacorp di mana para artis akan dapat lebih dekat lagi dengan para penonton. Para penonton dijemput untuk bersama-sama meraikan malam itu dalam acara yang gilang-gemilang.

"Kami berbangga sekali kerana, berbesar hati kerana Puan Presiden Halimah Yacob akan bersama-sama kita meraikan Suria ke 20 tahun ini," kongsi Ketua Audiens Melayu & Eaglevision, Mediacorp, Cik Sabariah Ramilan.

Presiden Halimah Yacob bakal hadir sebagai tetamu terhormat sambutan tersebtu.

Masuk ke kedua-dua acara itu adalah percuma.

Suria Elektra 2020 juga boleh ditonton secara langsung di saluran Suria dan Toggle (yang akan berubah nama kepada meWatch) dari 8.30 malam hingga 11.00 malam.

Segmen permaidani merah, Suria Elektra Glam pula boleh disaksikan dari jam 7 hingga 7.30 malam.  

Sumber : BERITA Mediacorp/SY/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan