Images
  • sultan
    Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, meluangkan masa menonton tayangan filem Paskal bersama kira-kira 100 penonton. (Gambar: Bernama)

Sultan Nazrin luangkan masa tonton filem Paskal

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, baru-baru ini meluangkan masa menonton tayangan filem yang memaparkan kehebatan Pasukan Khas Laut (Paskal) Malaysia.

Sultan Nazrin Shah dan Tuanku Zara Salim berangkat ke tayangan khas Paskal The Movie di sebuah pusat beli-belah di ibu negara Malaysia, dan ketibaan mereka berdua disambut Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana, Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.

Sultan Nazrin dan isteri meluangkan masa menonton tayangan filem Paskal selama sejam 50 minit itu bersama kira-kira 100 penonton, termasuk alumni Universiti Strathclyde, United Kingdom.

Sultan Nazrin Shah kemudian beramah mesra bersama barisan pelakon dan pengarah filem, Adrian Teh.

"Sangat menarik. Harap selepas ini ada Paskal 2. Beta amat menyukainya," titah baginda.

Sultan Nazrin dan isteri berangkat pulang meninggalkan majlis pada pukul 11.30 malam pada Sabtu lalu (20 Okt). 

- BERNAMA/AI/ai

Top