Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Sufie Rashid bertekad khatam Quran tahun depan

Menurut laporan itu lagi, Sufie kini sudah masuk Iqra' tiga dan berazam untuk khatam al-Quran pada tahun depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Sufie Rashid bertekad khatam Quran tahun depan

Penyanyi Singapura, Sufie Rashid. (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 23 Dec 2020 09:13PM Dikemas Kini : 23 Dec 2020 09:14PM

KUALA LUMPUR: Penyanyi kelahiran Singapura Sufie Rashid mengakui dirinya tidak pernah khatam al-Quran dan sedang dalam proses mula mengaji daripada Iqra' satu.

Sufie, 29, memberitahu bahawa beliau menyertai program Kelas Ngaji Talaqqi dan Tadabbur (TNT) di Kuala Lumpur secara online anjuran Al-Hijrah pada setiap Rabu.

"Sewaktu kecil saya pernah masuk madrasah mengaji tetapi saya tidak khatam dan terus berhenti. Memang ada niat nak belajar tapi apabila sering memberikan alasan ia sering tertunda," katanya kepada Harian Metro.

Disebabkan itu, beliau terbuka hati untuk mula belajar semula apatah lagi usianya akan mencecah 30 tahun pada Januari depan.

Sejak itu, beliau mula mengaji dengan seorang ustaz secara online pada setiap hari Selasa selama 15 minit selepas solat Maghrib.

"Kemudian, TV Alhijrah pelawa untuk terbabit dalam program mereka. Jadi, saya ada tambahan ustaz yang mengajar selama sejam.

"Bukan belajar baca Iqra' saja, tapi saya boleh bertanya semua perkara seperti solat, bacaan dalam solat dan persoalan mengenai bab agama," kongsi beliau.

Menurut laporan itu lagi, Sufie kini sudah masuk Iqra' tiga dan berazam untuk khatam al-Quran pada tahun depan.

Selain itu, beliau berkongsi bahawa tidak ada apa yang perlu dimalukan kerana bab agama sepatutnya memang didahulukan.

"Nak kata malu, mesti ada rasa malu sebab kita manusia. Apa lagi perkara macam ini. Tapi sampai bila nak malu dengan orang sedangkan dengan Allah tak malu? Itu yang sepatutnya dahulukan.

"Bagi saya biarlah malu asalkan dapat ilmu. Alhamdulillah, apabila saya berkongsi di media sosial ramai mesej DM bertanya dan minta motivasi," katanya. 

Sumber : Agensi berita/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan