Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Sufian Suhaimi lancar buku puisi sulung

Selepas mencipta nama dalam arena nyanyian, penyanyi lagu Di Matamu, Sufian Suhaimi, kini mengembangkan sayapnya dalam bidang penulisan puisi pula.

Anggaran Waktu Membaca:
Sufian Suhaimi lancar buku puisi sulung

Sufian Suhaimi melancarkan buku puisi 'Di Matamu Senandika Sufian Suhaimi'. (Gambar: Instagram/Sufian Suhaimi)

Diterbitkan : 27 Feb 2020 09:17AM Dikemas Kini : 27 Feb 2020 09:19AM

KUALA LUMPUR: Selepas mencipta nama dalam arena nyanyian, penyanyi lagu Di Matamu, Sufian Suhaimi, kini mengembangkan sayapnya dalam bidang penulisan puisi pula.

Namun bukan sekadar puisi biasa, beliau malah menarik perhatian dengan mencipta puisi bagi Perdana Menteri interim Malaysia, Dr Mahathir Mohamad.

Inilah salah satu puisi yang ditulis dan dihimpunkan dalam buku puisi sulung beliau, Di Matamu Senandika Sufian Suhaimi, menurut BH Online Malaysia.

Kagum dengan keperibadian serta menyanjung kepimpinan dan sifat Dr Mahathir, Sufian lantas terdorong untuk mencipta puisi berjudul 'Terima Kasih Tun' (Buat Seorang Mahathir).

“Puisi itu adalah pengamatan saya dalam banyak aspek termasuk personaliti dan kepintaran Dr Mahathir biarpun dihambat usia.

“Saya melihat Dr Mahathir sebagai sosok yang dikagumi ramai. Jasa dan sumbangannya cukup besar kepada kita rakyat Malaysia dan seluruh dunia,” kata Sufian kepada BH Online Malaysia, semasa majlis pelancaran buku puisi itu pada Rabu (26 Feb).

Buku puisi itu mengandungi 66 sajak dan karya ciptaan Sufian, terbitan Nineflix Resources.

Puisi-puisi itu juga berdasarkan pengalaman hidup, cinta, keluarga, kerjaya dan cita-cita yang dihimpunkan sejak lapan tahun lalu.

Dalam nukilan BH Online Malaysia, sasterawan Malaysia, Dr Zurinah Hassan memuji usaha penyanyi itu dalam menjulang sastera Melayu kepada anak-anak muda.

“Saya bangga anak muda sepertinya mahu menceburi dunia penulisan. Bagi anak seni yang berjinak-jinak dengan dunia ini, saya lihat ini petanda positif yang perlu dicontohi.

“Cuma harus diingat, hendak menulis bukan hanya kata-kata indah disusun. Paling penting, harus tahu apa yang mahu ditulis, idea, pemikiran, keprihatinan terhadap sekeliling, taraf pengetahuan dan pembacaan," kata beliau.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan