Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Sufi Rashid sah bergelar suami

Penyanyi Singapura yang sudah menempah nama dalam industri hiburan seberang tambak, Sufi Rashid, selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Nurulain Md Yusof, dalam satu majlis ala taman di sebuah hotel di Putrajaya hari ini (21 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Sufi Rashid sah bergelar suami

Sufi Rashid selamat bergelar suami kepada Nurulain Md Yusof pada 21 Sep 2019. (Gambar: RIA897/Instagram)

Diterbitkan : 21 Sep 2019 03:09PM Dikemas Kini : 21 Sep 2019 03:12PM

KUALA LUMPUR: Penyanyi Singapura yang sudah menempah nama dalam industri hiburan seberang tambak, Sufi Rashid, selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Nurulain Md Yusof, dalam satu majlis ala taman di sebuah hotel di Putrajaya hari ini (21 Sep).

Pasangan mempelai itu dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan disaksikan Pendaftar Nikah Putrajaya, Hasli Othman, lapor BH Online.

Hanya sekali lafaz, Nurulain sah bergelar isteri kepada juara Akademi Fantasia 2015 (AF) itu dengan mas kahwin RM910 dan sebentuk cincin.

Menurut kenyataan yang dikirimkan kepada BH Online, artis berusia 28 tahun itu mengungkapkan rasa bertuahnya apabila diberi kesempatan mengenali Ain sehingga berjaya disunting menjadi teman hidup.

"Saya bersyukur dijodohkan dengan Ain. Dia isteri yang sangat memahami kerjaya saya sebagai selebriti. Dia juga tidak pernah menghalang saya daripada terus berkarya dalam industri seni," ujar Sufi.

“Saya memohon agar peminat mendoakan kebahagiaan kami hingga selama-lamanya,” pinta pelantun suara lagu popular 'Aku Sanggup' dan 'Aku Sendiri' itu.

Majlis pernikahan itu dihadiri oleh kaum keluarga dan sanak-saudara terdekat selain teman-teman rapat kedua-dua mempelai.

Sufi juga menyerahkan wang hantaran berjumlah RM20,000 di samping tujuh dulang barangan hantaran yang dibalas sembilan oleh pihak pengantin perempuan.

Sufi, atau nama sebenarnya Muhammad Sufi Rashid, mengikat tali pertunangan dengan pengasas produk makanan itu pada 15 Disember tahun lalu selepas menjalin cinta selama dua tahun.

Sebelum ini, Sufi mendedahkan akan bernikah beberapa bulan lebih awal berbanding tarikh Disember yang disebutnya tahun lalu.
Majlis persandingan pasangan berkenaan akan berlangsung di Damansara Perdana esok (22 Sep).

Majlis resepsi di Singapura pula akan diadakan minggu depan iaitu pada 28 September.

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan