Images
  • Sufi engaged
    Sufi Rashid pada hari pertunangannya semalam, 15 Dis. (Gambar: Sufi Rashid/Facebook)

Sufi Rashid bertunang dengan orang 'Nogori'; bakal nikah Dis depan

SINGAPURA: Penyanyi Sufi Rashid kini bergelar tunangan orang.

Beliau akhirnya secara terang-terangan berkongsi berita gembira itu di lelaman media sosialnya semalam (15 Dis).

Dalam wawancara eksklusif bersama BERITAmediacorp awal tahun ini, Sufi mendedahkan beliau sedang menjalin hubungan dengan seseorang namun enggan mengumumkan nama dan wajahnya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Aku Sanggup dan Aku Sendiri itu melangsungkan pertunangan dengan gadis asal Negeri Sembilan, Nurulain Md Yusof.

Sufi memuat naik gambar pertunangannya ke laman Facebook semalam.

Kapsyen yang diserta berbunyi: "Kepada Tunangku, Saya memilih awak. Dan saya akan terus menerus memilih awak. Tanpa berhenti, tanpa rasa ragu. Saya akan terus memilih awak. Saya meminta doa dan sokongan anda untuk kami teruskan perjalanan ke alam perkahwinan."

Keluarga kedua-dua pihak bersetuju menetapkan jumlah wang hantaran pada S$10,000 (RM30,400) serba satu, lapor Berita Harian Malaysia.

Menurut laporan laman mStar, Sufi dan Nurulain bersetuju untuk mengikat tali pertunangan selama setahun. Ini bermakna pasangan yang kedua-duanya berusia 27 tahun itu akan bernikah pada bulan Disember tahun depan. 

- BERITAmediacorp/agensi berita/NK/nk

Top