Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Sti Nurhaliza, Neelofa, Yuna bersaing sengit andai jadi calon pilihan raya umum

Bayangkan jika Malaysia mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) esok dan barisan calon yang bertanding adalah Siti Nurhaliza, Neelofa dan Yuna.

Anggaran Waktu Membaca:
Sti Nurhaliza, Neelofa, Yuna bersaing sengit andai jadi calon pilihan raya umum

(Gambar-gambar: Instagram)

Diterbitkan : 25 Apr 2019 12:58PM Dikemas Kini : 25 Apr 2019 01:00PM

KUALA LUMPUR: Bayangkan jika Malaysia mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) esok dan barisan calon yang bertanding adalah Siti Nurhaliza, Neelofa dan Yuna.

Siapakah yang anda rasa akan berjaya menambat hati rakyat Malaysia memandangkan ketiga-tiga personaliti berpengaruh itu mempunyai aura dan kumpulan pengikut mereka yang tersendiri?

Menurut Astro Awani, Siti Nurhaliza, Neelofa, Yuna, Aiman Tino dan Fattah Amin berada dalam senarai calon PRU pilihan dalam kaji selidik yang dijalankan oleh syarikat penyelidikan digital - Nobleman Creation’s Digital Marketing.

Ketua Pegawai Eksekutif Na’im Brundage berkata lima selebriti berkenaan dipilih berdasarkan carian nama mereka di Google setiap bulan.

Kaji selidik berkenaan, lapor Astro Awani, mendapati kelima-lima artis tersebut berada di kedudukan lima teratas daripada 300 profil selebriti yang ditapis.

Muncul di kedudukan teratas sekali ialah Siti Nurhaliza dengan jumlah carian sebanyak 90,000, diikuti pula dengan Neelofa (70,000), Yuna (60,000), Aiman Tino (40,000) dan Fattah Amin (30,000) - mengikut urutan.

Dalam kategori ahli politik pula, kajian syarikat berkenaan mendapati Ahli Parlimen Port Dickson - yang juga Presiden PKR - Anwar Ibrahim mendahului senarai carian politik di Google dengan namanya dicari sebanyak 110,000 kali setiap bulan.

Sementara itu, menurut Astro Awani, Perdana Menteri Mahathir Mohamad berada di kedudukan kedua diikuti dengan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mana kedua-duanya memperoleh sama jumlah pencarian yakni 90,000.

Turut berada dalam tangga lima teratas bagi kategori tersebut ialah Menteri Kewangan Malaysia Lim Guan Eng (60,000 carian) serta mantan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin (30,000 carian), tukil Astro Awani.

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan