Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Squid Game ungguli carta teratas Netflix selama 47 hari berturut-turut

Siri sensasi Korea Selatan "Squid Game" kembali ke kedudukan No. 1 carta rancangan TV Netflix paling popular untuk tempoh paling lama, lapor Agensi Berita Yonhap.

Anggaran Waktu Membaca:

SEOUL: Siri sensasi Korea Selatan "Squid Game" kembali ke kedudukan No. 1 carta rancangan TV Netflix paling popular untuk tempoh paling lama, lapor Agensi Berita Yonhap.

Menurut firma analisis penstriman FlixPatrol pada Rabu (10 Nov), siri rancangan Netflix berbahasa Korea itu kembali mengungguli carta senarai rancangan Netflix yang paling banyak ditonton di dunia, mengetepikan "Arcane", siri animasi berdasarkan pertempuran di permainan dalam talian "League of Legend."

"Squid Game" menduduki carta teratas untuk hari ke-47 selepas berada di puncak carta selama 46 hari berturut-turut dari 23 September hingga Ahad lalu (7 Nov).

Ia mengatasi siri drama Amerika "The Queen's Gambit" (2020), yang mendahului carta selama 46 hari.

Sementara itu, populariti "Squid Game" turut menonjol di platform lain, mengatasi siri "Game of Thrones" dari segi gabungan tontonan YouTube bagi kandungan terbitan video.

Menurut majalah Amerika Syarikat, Variety, laporan oleh firma analisis kandungan Vobile menunjukkan bahawa sejumlah 129,000 video berkaitan "Squid Game" termasuk treler rasmi, klip reaksi buatan peminat dan permainan video, ditonton sebanyak 17 bilion kali di wadah tersebut sejak rancangan itu disiarkan.

Sebagai perbandingan, siri drama fantasi Amerika "Game of Thrones," yang ditayangkan pada 2011 di HBO, mencatatkan gabungan 16.9 bilion tontonan daripada 420,000 video YouTube yang dimuat naik.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan