Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Squid Game undang pelbagai reaksi online termasuk parodi, aksi tiru

Dari parodi hingga ke aksi ditiru, drama bersiri 'Squid Game' mengundang pelbagai reaksi daripada warga netizen.

Anggaran Waktu Membaca:
Squid Game undang pelbagai reaksi online termasuk parodi, aksi tiru

Gambar: REUTERS

Diterbitkan : 03 Oct 2021 03:48PM Dikemas Kini : 03 Oct 2021 03:49PM

BERITAmediacorp: Dari parodi hingga ke aksi ditiru, drama bersiri 'Squid Game' mengundang pelbagai reaksi daripada warga netizen.

Di satu pihak, kumpulan yang menganggapnya sarat dengan "adegan berdarah dan kejam"

Ada pihak pula yang sebaliknya menampilkan
telatah menghiburkan warganet yang terpengaruh dengan pertandingan berasaskan permainan popular kanak-kanak itu.

Yang pasti, demam siri Korea yang ditayangkan pada 17 September itu telah melanda dunia.

Perkongsian rakaman sebuah video di Twitter yang menunjukkan sekumpulan kanak-kanak bermain permainan ala Squid Game misalnya meraih lebih 1.5 juta tontonan serta hampir 5,000 retweet dan 20,000 likes.

Bahkan permainan kanak-kanak versi Singapura turut dicadangkan termasuk batu seremban, teng-teng dan capteh.

Di kafe Brown Butter di Forum The Shopping Mall pula, para pelanggan akan dihadiahkan minuman latte percuma jika mereka dapat menyelesaikan cabaran gula-gula 'toffee' yang dipetik dari drama itu.

Dalam pada itu, terdapat juga beberapa netizen yang mengongsi video resipi membuat gula-gula honeycomb yang boleh didapati dalam drama bersiri tersebut.

Justeru, jika anda ingin menganjurkan sendiri cabaran gula-gula honeycomb, ada banyak video resipi yang boleh anda cuba.

Jangan risau,anda tidak akan "ditembak mati"
jika gagal seperti dalam siri Squid Game.

Jika diberi kesempatan beranikah anda mencubanya? 

Sumber : BERITA Mediacorp/AI/IH/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan