Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Squid Game dianggar bernilai sekitar AS$900 juta

Siri rancangan Netflix 'Squid Game' dianggarkan bernilai hampir AS$900 juta (S$1.2 juta) bagi gergasi penstriman itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Squid Game dianggar bernilai sekitar AS$900 juta

(Gambar: Youngkyu Park/AP)

Diterbitkan : 18 Oct 2021 01:56PM Dikemas Kini : 18 Oct 2021 01:58PM

REUTERS: Siri rancangan Netflix 'Squid Game' dianggarkan bernilai hampir AS$900 juta (S$1.2 juta) bagi gergasi penstriman itu.

Demikian lapor Bloomberg News pada Sabtu (16 Okt) sambil merujuk kepada perangkaan daripada dokumen dalaman Netflix.

Siri genre seram yang mempunyai sembilan episod itu, yang mana para peserta yang dihimpit masalah kewangan bermain beberapa permainan kanak-kanak dan setiap satu daripadanya membawa padah maut semata-mata untuk memenangi hadiah wang tunai 45.6 bilion won (S$51.9 juta), ditonton begitu ramai orang di merata dunia setelah ia dilancarkan pada bulan lalu.

Sebagai perbandingan dengan anggaran nilai bersihnya, rancangan itu menelan belanja AS$21.4 juta (S$28.9 juta) untuk dihasilkan, lapor Bloomberg.

Menurut lapoan itu, seramai 132 juta orang menonton sekurang-kurangnya dua minit daripada rancangan itu dalam tempoh 23 hari sahaja, sekaligus memecahkan rekod yang ditetapkan oleh drama Britain Bridgerton, yang ditonton oleh 82 juta akaun dalam tempoh 28 hari pertama.

Netflix bagaimanapun tidak segera menjawab permohonon Reuters untuk memberi ulasan tentang laporan itu. Seorang peguam bagi Netflix memberitahu Bloomberg bahawa ia tidak sesuai bagi Bloomberg untuk mendedahkan data sulit yang terkandung dalam dokumen yang dilihatnya.

Siri itu juga merupakan drama Korea pertama yang menduduki tempat pertama di Netflix di Amerika Syarikat dan juga menimbulkan minat dalam kalangan orang ramai untuk mempelajari Bahasa Korea.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan