Images
  • spiderman
    Tom Holland. (Gambar: tomholland2013/Instagram)

Spider-Man: Far From Home masih 'melekat' di tangga pertama carta

LOS ANGELES: Filem terbitan Sony, Spider-Man: Far From Home mendahului carta buat dua hujung minggu berturut-turut, membawa pulang kutipan domestik lebih baik berbanding dua filem baru Crawl oleh Paramount dan Stuber oleh Disney.

Filem adiwira itu mengutip lagi AS$45 juta (S$61 juta), sekaligus merangsang kutipan domestik secara keseluruhannya kepada AS$274 juta (S$372 juta). Kutipan hujung minggu lalu merosot 50 peratus berbanding hujung minggu pertamanya di pawagam, namun tetap menunjukkan prestasi lebih baik berbanding filem sebelum ini iaitu Spider-Man: Homecoming (2017).

Dengan kutipan tersebut, ini bermakna filem ke-23 Marvel Cinematic Universe itu sudah berjaya melepasi AS$800 juta di merata dunia, dengan keseluruhan kutipan tiket setakat ini mencecah AS$847 juta (S$1.15 bilion). Ia kini filem Spider-Man yang meraih kutipan paling lumayan di peringkat antarabangsa dengan hasil penjualan tiket bernilai AS$572 juta (S$776 juta).

- CNAlifestyle/TQ/tq

Top