Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Song Ji-hyo, Lee Junho dari kumpulan band 2PM akan tampil di ekspo Korea di S'pura

Perhatian para peminat korea - selebriti Korea Selatan Song Ji-hyo dan anggota kumpulan 2PM, Lee Junho akan berada di Singapura pada November sebagai sebahagian daripada Korea Brand and Entertainment Expo (KBEE).

Anggaran Waktu Membaca:
Song Ji-hyo, Lee Junho dari kumpulan band 2PM akan tampil di ekspo Korea di S'pura

Song Ji-hyo (kiri) dan Lee Junho. (Gambar: Instagram/my_songjihyo, AFP)

Diterbitkan : 16 Oct 2018 09:28PM Dikemas Kini : 16 Oct 2018 09:34PM

SINGAPURA: Perhatian para peminat korea - selebriti Korea Selatan Song Ji-hyo dan anggota kumpulan 2PM, Lee Junho akan berada di Singapura pada November sebagai sebahagian daripada Korea Brand and Entertainment Expo (KBEE).

Dianjurkan oleh Agensi Promosi Dagangan-Pelaburan Korea, pameran tersebut adalah tapak di mana "perniagaan dan pertukaran budaya berlaku", menurut laman acara itu.

Pameran selama dua hari itu - diadakan dari 1 Nov hingga 2 Nov di Marina Bay Sands Expo and Convention Centre - menampilkan acara-acara termasuk sesi-sesi perundingan perniagaan, pertunjukan solekan kecantikan korea serta penampilan selebriti dan acara tanda tangan untuk para peminat.

Song dan Lee, di samping kumpulan K-pop SNUPER, akan mengadakan sesi tanda tangan bagi para peminat semasa pameran tersebut, manakala kumpulan muzik Cina Boy Story turut akan membuat penampilan.

Pameran itu dibuka secara percuma. Sesiapa saja yang ingin ikut serta dalam acara pembukaan dan acara-acara tanda tangan bagi para peminat, perlu mendaftar online dan memuat turun tiket dari laman KBEE. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan