Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

SkyHelix Sentosa akan dibuka pada 15 Dis; tawar pemandangan 360 darjah

Ingin bercuti namun belum bersedia untuk ke luar negara? Mari cuba SkyHelix Sentosa, dengan daya tarikan itu bakal dibuka pada 15 Disember ini, menawarkan satu lagi kegiatan menarik yang boleh anda catatkan dalam jadual cuti sekolah pada hujung tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
SkyHelix Sentosa akan dibuka pada 15 Dis; tawar pemandangan 360 darjah

SkyeHelix Sentosa (Gambar: Mount Faber Leisure Group)

Diterbitkan : 11 Nov 2021 08:59PM Dikemas Kini : 11 Nov 2021 09:18PM

SINGAPURA: Ingin bercuti namun belum bersedia untuk ke luar negara? Mari cuba SkyHelix Sentosa, dengan daya tarikan itu bakal dibuka pada 15 Disember ini, menawarkan satu lagi kegiatan menarik yang boleh anda catatkan dalam jadual cuti sekolah pada hujung tahun ini.

Daya tarikan terbaru di Sentosa - yang akan dibuka lebih awal daripada jadual, menurut pengendalinya Mount Faber Leisure – adalah sebuah struktur menara yang berpintal dengan gondola terbuka yang boleh mencapai ketinggian sehingga 35 meter. Menara itu ditempatkan di stesen cerapan Imbiah dan dibangunkan berdekatan dengan daya tarikan lain seperti kereta kabel.

SkyeHelix Sentosa (Gambar: Mount Faber Leisure Group)

(Gambar: Mount Faber Leisure Group)

Perjalanan selama 12 minit itu termasuk persinggahan selama 10 minit di puncaknya, yang merupakan salah satu tapak tertinggi di Sentosa bagi pemandangan paling luas pada ketinggian 79m di atas paras laut – menjadikannya panorama tertinggi di Singapura. Sepanjang tempoh itu, gondola akan berputar secara perlahan-lahan untuk memberikan pemandangan 360 darjah pulau itu.

Anda boleh menikmati pengalaman yang santai lagi menakjubkan itu dengan anda menjuntaikan kaki anda di udara, sambil menikmatinya dengan minuman atau cenderahati SkyHelix Sentosa untuk dibawa pulang.

Semua itu adalah sebahagian daripada pakej berharga S$18 bagi setiap orang dewasa (S$15 bagi kanak-kanak berusia antara empat hingga 12 tahun).

SkyHelix Sentosa juga mempunyai reka bentuk mesra tenaga yang menggunakan kuasa elektrik yang sangat rendah, menurut Mount Faber Leisure. Malah jejak karbon yang dijana bagi tempoh operasi selama setahun – atau bagi menampung sekitar 100,000 penumpang – sama seperti penerbangan dari Singapura ke Kuala Lumpur.

Daya tarikan tersebut bagaimanapun hanya dibuka kepada para pelawat yang lengkap divaksin manakala kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah perlu ditemani oleh orang dewasa. Tiket boleh ditempah di laman ini .

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan