Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Skim Wajib Tayang mungkin tangani isu filem sambutan hambar

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional, Finas, bakal memperkenalkan modul Skim Wajib Tayang yang baharu selain menentukan satu garis panduan untuk industri filem Malaysia.

Anggaran Waktu Membaca:
Skim Wajib Tayang mungkin tangani isu filem sambutan hambar

Ketua Pegawai Eksekutif Finas Ahmad Idham Ahmad Nadzri. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 28 May 2019 02:53PM Dikemas Kini : 28 May 2019 02:54PM

KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional, Finas, bakal memperkenalkan modul Skim Wajib Tayang yang baharu selain menentukan satu garis panduan untuk industri filem Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Finas Ahmad Idham Ahmad Nadzri berkata modul yang bertujuan menangani isu filem tidak laku, sedang dipertimbangkan di peringkat pegawai undang-undang.

"Isu filem tidak laku ini terjadi kerana kita tidak ada garis panduan filem yang macam mana boleh masuk panggung. Di Hollywood, tak semua filem boleh masuk panggung tetapi di Malaysia, semua filem boleh masuk panggung.

"Kami ada satu modul wajib tayang baharu yang kami akan umumkan dalam masa terdekat,” kata Ahmad Idham semasa ditemui di program Sinergi Industri Finas bersama Media pada Isnin (27 Mei).

Dalam perkembangan lain, ketika ditanya mengenai cabaran menerajui Finas, Ahmad Idham - yang memegang jawatan selaku CEO sejak 12 Mac lalu - berkata penyelewengan kewangan adalah cabaran paling besar terpaksa dihadapinya.

"Bila masuk dalam Finas, memang saya terkejut dengan pelbagai masalah yang timbul. Saya tertanya-tanya, apa dah jadi? Mana duit Finas pergi? Kes dengan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) berlambak-lambak.

"Saya tak rasa saya boleh selesaikan semua masalah ini dalam waktu terdekat tetapi saya yakin ia akan diselesaikan secara berperingkat," ujar beliau yang menyerahkan kepada SPRM bagi hal menyelesaikan isu melibatkan penyelewengan Finas.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo meminta SPRM mempercepatkan siasatan kes dana Finas membabitkan RM25 juta (S$8.2 juta). 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan