Images
  • 1mdb bernama
    (Gambar: BERNAMA)

Skandal 1MDB bakal jadi siri TV

KUALA LUMPUR: Siri televisyen mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berdasarkan buku 'Billion Dollar Whale: The Man Who Fooled Wall Street, Hollywood, And The World' sedang dalam peringkat perancangan, lapor The Hollywood Reporter.

Buku yang ditulis oleh Tom Wright dan Bradley Hope itu menceritakan bagaimana Jho Low, atau nama sebenarnya Low Taek Jho, dituduh oleh pemerintah Amerika Syarikat mendalangi kes mencuri berbilion dolar daripada dana pelaburan milik kerajaan Malaysia, 1MDB, yang dihantar ke akaun bank di Switzerland, Singapura dan Kepulauan Virgin.

Siri itu akan diterbitkan bersama oleh Beau Willimon, yang juga terlibat dalam drama politik, House of Cards.

Rakan kongsi Willimon, Jordan Tappis dan Michelle Yeoh pula dilaporkan The Hollywood Reporter sebagai penerbit bersama.

"Kami tertarik dengan cerita yang menggambarkan kerumitan hidup di zaman ini, dengan tumpuan pada watak yang mengelirukan dan mengejutkan.

"Kami juga mahu lebih kreatif menghasilkan karya dalam landskap hiburan yang sentiasa berubah dengan pantas," kata Willimon dan Tappis dalam satu kenyataan.

- Agensi berita/SM/sm

Top