Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Skandal 1MDB akan dijadikan siri televisyen

Siri televisyen mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berdasarkan buku 'Billion Dollar Whale: The Man Who Fooled Wall Street, Hollywood, And The World' sedang dalam peringkat perancangan, lapor The Hollywood Reporter.

Anggaran Waktu Membaca:
Skandal 1MDB akan dijadikan siri televisyen

Ahli perniagaan Malaysia, Jho Low. (Gambar: Dimitrios Kambouris/AFP)

KUALA LUMPUR: Siri televisyen mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berdasarkan buku 'Billion Dollar Whale: The Man Who Fooled Wall Street, Hollywood, And The World' sedang dalam peringkat perancangan, lapor The Hollywood Reporter.

Buku yang ditulis oleh Tom Wright dan Bradley Hope itu mengisahkan bagaimana Jho Low, atau nama sebenarnya Low Taek Jho, dituduh pemerintah Amerika Syarikat mendalangi pencurian berbilion dolar daripada dana pelaburan milik kerajaan Malaysia, 1MDB, yang dipindahkan ke akaun bank di Switzerland, Singapura dan Kepulauan Virgin, seperti dinukil Astro AWANI.

Siri itu akan diterbitkan bersama Beau Willimon, yang juga terbabit dalam drama politik, House of Cards.

Rakan kongsi Willimon, Jordan Tappis dan Michelle Yeoh pula dikreditkan sebagai penerbit bersama.

"Kami tertarik dengan cerita yang menggambarkan kerumitan hidup di zaman ini, dengan tumpuan pada watak yang mengelirukan dan mengejutkan.

"Kami juga mahu lebih kreatif menghasilkan karya dalam landskap hiburan yang sentiasa berubah dengan pantas," kata Willimon dan Tappis dalam satu kenyataan seperti dinukil Astro AWANI.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan