Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Siti Sarah jumpa ketua Orang Asli untuk sampaikan kesesalan

Mahu membuktikan dirinya benar-benar menyesal, Siti Sarah Raisuddin pada Rabu (9 Sep) berkunjung sendiri ke Kampung Batu 12 untuk memohon maaf berhubung isu menghina masyarakat Orang Asli baru-baru ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Siti Sarah jumpa ketua Orang Asli untuk sampaikan kesesalan

Siti Sarah. (Gambar: sitisarahraissuddin)

Diterbitkan : 11 Sep 2020 10:19PM Dikemas Kini : 11 Sep 2020 10:23PM

KUALA LUMPUR: Mahu membuktikan dirinya benar-benar menyesal, Siti Sarah Raisuddin pada Rabu (9 Sep) berkunjung sendiri ke Kampung Batu 12 untuk memohon maaf berhubung isu menghina masyarakat Orang Asli baru-baru ini.

Kunjungan ke rumah Pengerusi Orang Asli Kampung Batu 12, Encik Suhaimi Along, itu dibuat selepas penyanyi terbabit membuat permohonan maaf secara terbuka pada 6 Sep lalu, menurut Malaysiakini.

Sarah, 35 tahun, berkata beliau sangat menyesali perbuatannya yang secara tidak sengaja menghina masyarakat tersebut.

“Sarah harap Tok dapat mewakili Sarah. Dengan rendah hati dan penuh sesal, Sarah minta maaf pada seluruh komuniti orang asli Malaysia sekiranya pernah mengguris perasaan sesiapa,” katanya melalui video dimuat naik ke Instagram.

Awal dari itu, tular rakaman video memaparkan Siti Sarah mempromosikan syampu bersama pengarah syarikat House of Ridz Okumura Sdn Bhd, Ridzo Okumura.

Namun, tindakan Sarah mengeluarkan kenyataan memetik nama Orang Asli dalam rakaman video tersebut mengundang kecaman netizen kerana disifatkan melakukan penghinaan.

Siti Sarah turut menerima permohonan maaf Ridzo yang mengaku memuat naik video perbualan mereka tanpa mendapat keizinannya terlebih dahulu sehingga menjadi tular, menurut Malaysiakini.

Kata penyanyi lagu Manis itu, selain kunjungan tersebut, beliau akan turut membuat surat permohonan maaf untuk diedarkan kepada masyarakat Orang Asli di Malaysia.

“Saya tahu kehadiran ziarah ni tak mencukupi, tapi saya tetap rasa lebih baik Tok ada depan Sarah.

“Di Malaysia ni ada 18 suku kaum Orang Asli, lepas ni kami akan tulis surat permohan maaf tersebut," katanya.

Sementara itu, Encik Suhaimi berharap permohonan maaf dibuat Sarah dapat diterima dengan hati yang terbuka, lapor Malaysiakini lagi.

“Saya harap semua Orang Asli menerima suara dan keluhan Siti Sarah. Bukan niat dia nak berkata demikian.

“Diharap niat murni Siti Sarah datang ke sini untuk menyuarakan kekesalan dapat diterima dan dimaafkan.

“Sampai bila kita nak hukum dia? Apabila datang dengan niat baik, kita harap keikhlasannya itu diterima,” katanya. 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan