Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Siti Nurhaliza tinggalkan tetamu raya di rumah ziarah jenazah 'Abang Bard'

Penyanyi nombor satu Malaysia Siti Nurhaliza meninggalkan sahabat-sahabat semasa sedang berhari raya di rumah, sebaik sahaja mendapat khabar yang menyedihkan mengenai mantan pegawai perhubungan awam (PRO) beliau, Bahanordin Deraman.

Anggaran Waktu Membaca:
Siti Nurhaliza tinggalkan tetamu raya di rumah ziarah jenazah 'Abang Bard'

Siti Nurhaliza ketika menziarah keluarga arwah Bahanordin Deraman. (Gambar: cteafairuz/Instagram)

Diterbitkan : 18 Jun 2019 10:46AM Dikemas Kini : 18 Jun 2019 11:23AM

KUALA LUMPUR: Penyanyi nombor satu Malaysia Siti Nurhaliza meninggalkan sahabat-sahabat semasa sedang berhari raya di rumah, sebaik sahaja mendapat khabar yang menyedihkan mengenai mantan pegawai perhubungan awam (PRO) beliau, Bahanordin Deraman.

Astro Awani melaporkan, Allahyarham yang lebih mesra dipanggil ‘Abang Bard’ meninggal dunia pada Ahad (16 Jun) pada jam 8.30 malam akibat komplikasi kencing manis.

Menerusi catatan Instagramnya, Siti meluahkan rasa sedih sebaik sahaja mendapat tahu ‘Abang Bard’ sudah tiada.

“Sebaik mendapat perkhabaran mengenai pemergian Abang Bard, sewaktu sahabat-sahabat saya masih beraya di rumah, saya putuskan untuk segera menziarah jenazah arwah.

“Sosok yang dikenali sejak tahun 1996 sehinggalah ke hari ini (walaupun jarang bertemu tetapi sesekali bermesej, menelefon dan meninggalkan komen di Facebook).

“Ada banyak cerita dan kenangan yang kami lalui, pengalaman arwah menjadi PR di Suria Records dan menguruskan kerjaya @ctdk sedari awal dan dari situlah kami bersahabat sehingga kini.

“Malam tadi, Abang Bard menghembuskan nafasnya yang terakhir. Saya menziarah jenazah arwah, bertanya khabar anak-anaknya dan kebanyakan yang hadir adalah rakan-rakan seperjuangan PR (perhubungan awam), pengurus, PA (pembantu peribadi) artis dari pelbagai label ataupun persendirian.

“Semoga arwah tergolong dalam kalangan orang yang beriman, Allah mengangkat darjatnya, menyantuninya, mengampuni segala dosa-dosanya.

“Al-Fatihah. Selamat jalan Abang Bard,” tulis beliau.

Allahyarham yang meninggal dunia pada usia 53 tahun pernah menguruskan beberapa artis popular lain antaranya Rossa ketika hadir di Malaysia, lapor Astro Awani.

‘Abang Bard’ berkhidmat sebagai PRO di syarikat rakaman Malaysia SRC dan turut membantu menguruskan kerjaya beberapa artis ternama lain seperti Liza Hanim, Tomok, kumpulan 2 By 2 dan ramai lagi.

Arwah ‘Abang Bard’ meninggalkan dua orang anak Nur ’Ain Batrisya, 15 tahun dan Rizki Langit Ramadan, 12 tahun, menurut Astro Awani.

Sumber : Agensi berita/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan