Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Siti Nurhaliza rakam ucapan khas kepada 'pelita hidupnya' sempena Hari Guru

Sempena Hari Guru yang akan diraikan di Malaysia pada Khamis (16 Mei), penyanyi nombor satu negara Siti Nurhaliza membuat kemunculan dalam Komuniti AWANI khas sebagai menghargai golongan pendidik, lapor Astro Awani.

Anggaran Waktu Membaca:
Siti Nurhaliza rakam ucapan khas kepada 'pelita hidupnya' sempena Hari Guru

Datuk Seri Siti Nurhaliza. (Gambar: Instagram/Siti Nurhaliza)

Diterbitkan : 14 May 2019 10:15PM Dikemas Kini : 14 May 2019 10:51PM

KUALA LUMPUR: Sempena Hari Guru yang akan diraikan di Malaysia pada Khamis (16 Mei), penyanyi nombor satu negara Siti Nurhaliza membuat kemunculan dalam Komuniti AWANI khas sebagai menghargai golongan pendidik, lapor Astro Awani.

Menurut Siti Nurhaliza, jika beliau diberi peluang untuk menjadi seorang pendidik, beliau ingin menjadi guru bagi subjek Pendidikan Jasmani dan Bahasa Melayu.

“Paling mudah, mata pelajaran Pendidikan Jasmani sebab saya minat bersukan. Saya memang gila sukan waktu sekolah."

“Tetapi kalau pelajaran lain, saya rasa saya suka Bahasa Malaysia kerana ia memang mata pelajaran kegemaran saya,” kata Siti Nurhaliza dalam laporan Astro Awani.

Sebagai menghargai jasa guru yang sudah mendidiknya, berikut adalah ucapan khas Siti Nurhaliza buat insan yang menjadi pelita hidup buatnya.

"Kepada semua guru yang pernah mendidik saya sejak daripada sekolah tadika sampailah sekolah menengah, dan juga guru dalam kehidupan saya."

"Saya nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga. Hanya Allah sahaja yang akan membalas setiap jasa anda. Anda adalah insan yang banyak memberikan manfaat kepada diri saya dalam menjadi orang yang berjaya," katanya.

Sumber : Agensi berita/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan