Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Siti Nurhaliza promosi Tahun Melawat M'sia 2020 menerusi konsert luar negara

Penyanyi tersohor Malaysia Siti Nurhaliza akan mengambil peluang mempromosi negara dan Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM 2020) menerusi koleksi lagu-lagu irama Malaysia ketika mengadakan konsert di luar negara selepas ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Siti Nurhaliza promosi Tahun Melawat M'sia 2020 menerusi konsert luar negara

(Gambar: Siti Nurhaliza/Facebook)

Diterbitkan : 26 Oct 2019 04:16PM Dikemas Kini : 26 Oct 2019 04:20PM

PUTRAJAYA: Penyanyi tersohor Malaysia Siti Nurhaliza akan mengambil peluang mempromosi negara dan Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM 2020) menerusi koleksi lagu-lagu irama Malaysia ketika mengadakan konsert di luar negara selepas ini.

Penyanyi nombor satu Malaysia itu berkata terdapat perancangan untuk beliau mengadakan konsert di Sydney, Melbourne dan London selepas ini namun ia masih di peringkat awal.

"Saya baru selesai mengadakan persembahan di OzAsia Festival di Adelaide pada 18 Oktober. Segmen irama Malaysia mendapat sambutan paling baik dari penonton Australia dan peminat yang datang dari Indonesia dan Korea Selatan. Turut memberikan sambutan kepada lagu genre berkenaan ialah warga Malaysia yang sudah lama menetap di Australia," kata Siti.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai Kayuhan Wanita 2019 sejauh 20 kilometer Putrajaya hari ini (26 Okt).

OzAsia Festival merupakan acara tahunan yang berlangsung di Adelaide Festival Centre melibatkan persembahan teater, tarian, muzik, filem dan seni visual dari Asia. Setiap artis dari sebuah negara Asia yang berbeza akan membuat persembahan pada satu malam di sepanjang festival itu.

Ini merupakan kali pertama Siti Nurhaliza mengadakan konsert solo di negara tersebut.

Mengulas lanjut mengenai persembahan di OzAsia Festival, Siti Nurhaliza menjelaskan persembahan beliau melibatkan 15 buah lagu termasuk segmen irama Malaysia yang menampilkan antaranya lagu Cindai yang diterbitkan pada 1997.

Beliau menambah, pihak penganjur memaklumkan persembahan beliau berjaya menarik jumlah penonton paling tinggi iaitu 1,000 penonton pada satu malam sepanjang penganjuran festival berkenaan. 

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan