Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Siti Nurhaliza pandang positif reaksi pempengaruh YouTube terhadap video muziknya

Penyanyi terkemuka Siti Nurhaliza memandang positif setiap reaksi terhadap dirinya yang dimuat naik mana-mana pemilik saluran YouTube atau 'YouTuber' termasuklah reaksi oleh para 'YouTuber' dari luar negara.

Anggaran Waktu Membaca:
Siti Nurhaliza pandang positif reaksi pempengaruh YouTube terhadap video muziknya

Penyanyi tersohor Malaysia, Siti Nurhaliza. (Gambar: ctdk/Instagram)

Diterbitkan : 19 Oct 2020 11:30PM Dikemas Kini : 19 Oct 2020 11:31PM

KUALA LUMPUR: Penyanyi terkemuka Siti Nurhaliza memandang positif setiap reaksi terhadap dirinya yang dimuat naik mana-mana pemilik saluran YouTube atau 'YouTuber' termasuklah reaksi oleh para 'YouTuber' dari luar negara.

Ketika menjawab komen salah seorang peminat di Instagramnya, lapor Astro AWANI, Siti berkata beliau melihat perkara itu sebagai satu perkembangan baik bagi industri muzik tempatan.

"Saya ambil positifnya yang lagu-lagu saya dan penyanyi tempatan lain dapat diperdengarkan ke luar menerusi video reaksi oleh YouTuber.

"Ini salah satu cara untuk mereka mengenali dan mendengar muzik kita," tulis Siti.

Awal dari itu, Siti memuat naik video reaksi seorang 'YouTuber' antarabangsa terhadap video muzik terbarunya yang berjudul 'Siapa Tak Mahu'.

Melalui carian oleh Astro AWANI, ia mendapati walaupun belum sampai 48 jam video muzik berkenaan dimuat naik, hampir 10 'YouTuber' sudahpun memberikan reaksi mereka. Rata-rata, mereka memuji kelainan yang ditonjolkan melalui video muzik tersebut.

Siti sebelum ini membuat perkara sama apabila memberikan penghargaan kepada 'YouTuber'' yang beliau membuat reaksi terhadap video muzik Basyirah, dimuat naik April lalu.

Tahun lalu pula, menurut Astro AWANI, seorang 'YouTuber' dari Filipina bernama Nephi Acaling menjadi individu bertuah yang dijemput Siti ke rumahnya.

Acaling kerap memuat naik video reaksi bagi video-video nyanyian Siti ke saluran YouTube miliknya dan menggelarkan dirinya sebagai 'Sitizoner dari Filipina'.

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan