Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Siti Nurhaliza kecewa lagu terbaru '7 Nasihat' dibocorkan di YouTube

Sejak penyanyi tersohor Malaysia Siti Nurhaliza memuat naik teaser lagu terbarunya, duet bersama artis Kmy Kmo dan Luca Sickta yang berjudul 7 Nasihat, ramai yang sudah tidak sabar menantikan buah tangan terbaru penyanyi itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Siti Nurhaliza kecewa lagu terbaru '7 Nasihat' dibocorkan di YouTube

(Gambar: Instagram/ctdk)

Diterbitkan : 20 Feb 2020 01:36PM Dikemas Kini : 20 Feb 2020 01:41PM

KUALA LUMPUR: Sejak penyanyi tersohor Malaysia Siti Nurhaliza memuat naik teaser lagu terbarunya, duet bersama artis Kmy Kmo dan Luca Sickta yang berjudul 7 Nasihat, ramai yang sudah tidak sabar menantikan buah tangan terbaru penyanyi itu.

Meskipun baru saja dilancarkan pada pukul 12.00 tengah malam tadi (20 Feb), peminat setia sudah menanti lagu baru penyanyi nombor satu negara tersebut, menurut Astro Awani.

Namun, kini sudah ada cerita yang tidak sedap didengar.

Beberapa individu yang tidak bertanggungjawab didapati cuba mengambil kesempatan dengan memuat naik lagu tersebut ke laman YouTube peribadi mereka, seperti ditukil Astro Awani.

Melalui laman Instagram milik Siti Nurhaliza, beliau memohon supaya mereka yang memuat naik lagu tersebut di laman YouTube menghormati hak cipta dan karya penggiat seni dan hiburan tanah air.

"Dukacita, sudah banyak yang memuat naik dan meletakkan di dalam YouTube masing-masing. Saya mohon agar anda menghormati hak cipta dan karya insan seni," tulisnya seperti ditukil Astro Awani.

Pada masa sama, beliau juga memberitahu bahawa pihaknya, SNP dan Universal Music akan segera memantau perkara tersebut.

Jika ada pihak yang masih belum memadamkan video tersebut, pihaknya akan mengambil tindakan selanjutnya.

Penyanyi yang juga popular dengan lagu Anta Permana memohon supaya peminat membantunya membuat aduan terhadap akaun-akaun yang mengambil kesempatan.

Melalui pemantauan Astro AWANI di media sosial, peminat kini sedang berbicara mengenai lagu tersebut berserta tanda pagar #7Nasihat dan #Siti2020 yang kini tular di media sosial.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan