Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Siti Nurhaliza hantar bantuan barang keperluan kepada mangsa banjir Pahang

Penyanyi terkenal, Siti Nurhaliza, menghantar bantuan berupa barangan keperluan ke pusat-pusat pemindahan sementara di Benta dan Kuala Lipis, Pahang buat para mangsa banjir.

Anggaran Waktu Membaca:
Siti Nurhaliza hantar bantuan barang keperluan kepada mangsa banjir Pahang

Siti Nurhaliza Tarudin. (Gambar: Instagram/CTDK)

Diterbitkan : 07 Jan 2021 06:27PM Dikemas Kini : 07 Jan 2021 06:47PM

KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal, Siti Nurhaliza, menghantar bantuan berupa barangan keperluan ke pusat-pusat pemindahan sementara di Benta dan Kuala Lipis, Pahang buat para mangsa banjir.

Menurut Siti, bantuan fasa pertama itu turut diedarkan kepada mangsa banjir atau keluarga yang tidak dapat ke pusat-pusat pemindahan, lapor Harian Metro.

Beliau menambah, bekalan barangan keperluan yang dihantar dari Kuala Lumpur itu adalah kerana beberapa hari ini sukar untuk para mangsa mendapatkan bekalan yang mencukupi dari kawasan-kawasan yang terjejas oleh banjir.

"Saya tidak dapat turun padang dan melihat sendiri kesukaran di Kuala Lipis khususnya. Bukan tidak mahu tetapi keadaan saya tak mengizinkan.

"Walaupun ramai yang bertanya, apakah saya tidak berbuat apa-apa? Allah! Tubuh saya mungkin tidak berada di sana tetapi doa dan juga usaha saya, usaha anda semuanya sampai ke sana. Moga dipermudahkan buat kita semua," kata Siti, seperti yang dipetik dari laman Harian Metro.

Menerusi catatan di laman Instagram Siti, beliau berkongsi bahawa bantuan-bantuan yang dihantar itu sudahpun diagihkan.

"Alhamdulillah, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat saya membesar. Jauh di mata, dekat di hati. Terus tabah, moga kita semua sentiasa dalam lindungan Allah," ujar Siti.

Sebelum ini, menerusi perkongsian di laman Instagramnya juga, Siti melahirkan rasa sedih melihat sekolahnya iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford di Kuala Lipis ditenggelami banjir hingga paras bumbung. 

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford di Kuala Lipis ditenggelami banjir hingga paras bumbung. (Gambar: Instagram/CTDK)
Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan