Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Siti Nurhaliza buat konsert sulung di Australia pada Okt

Penyanyi tersohor Malaysia Siti Nurhaliza Tarudin bakal membuat persembahan sulung di Australia pada Oktober ini sempena OzAsia Festival 2019, anjuran Pusat Pesta Adelaide.

Anggaran Waktu Membaca:
Siti Nurhaliza buat konsert sulung di Australia pada Okt

Datuk Seri Siti Nurhaliza. (Gambar: Instagram/Siti Nurhaliza)

Diterbitkan : 09 Jul 2019 01:00PM Dikemas Kini : 09 Jul 2019 01:01PM

MALAYSIA: Penyanyi tersohor Malaysia Siti Nurhaliza Tarudin bakal membuat persembahan sulung di Australia pada Oktober ini sempena OzAsia Festival 2019, anjuran Pusat Pesta Adelaide.

Lebih istimewa lagi, Siti turut menjanjikan satu kejutan dan berharap dapat bekerjasama dengan seorang penyanyi tempatan kelak.

Dalam wawancara bersama Mediacorp, penyanyi berusia 40 tahun itu mendedahkan bahawa beliau "amat berbesar hati" diberikan peluang tersebut. Beliau menganggap persembahannya itu sebagai satu lanjutan kepada konsert jelajah Asia baru-baru ini - Dato' Siti Nurhaliza On Tour - yang meraikan 24 tahun pelibatannya dalam industri muzik.

Malah beliau turut mendedahkan bahawa konsert jelajah ke Indonesia, Singapura dan Malaysia adalah pemangkin yang merangsang beliau untuk membuat persembahan di Australia. Pereka tarian bagi konsert jelajah itu pernah bekerja di Adelaide dan turut membantu pihak penganjur untuk berurusan dengan pengurus Siti.

"Para penganjur dari OZAsia Festival datang ke Singapura untuk menyaksikan persembahan saya dan mereka menunjukkan minat terhadap muzik saya," dedah Siti.

Beliau menambah: "Saya sangat teruja dan mengalu-alukan konsert ini kerana ia peluang keemasan untuk saya berkongsi muzik dan budaya Malaysia. Muzik yang akan saya dendangkan adalah gabungan etnik tradisional, pop dan irama moden."

Acara tahunan Festival OzAsia ke-13 berlangsung dari 17 Oktober hingga 3 November.
Ia menawarkan pelbagai acara dari panggung imersif hingga ke tarian kontemporari, selain persembahan yang menampilkan bintang-bintang antarabangsa. Siti dijadual membuat persembahan pada 18 Oktober di Festival Theatre. 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan