Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Siti Nurhaliza bakal tanding pilihan raya kecil?

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sama sekali tidak mengetahui nama penyanyi Siti Nurhaliza Tarudin dalam senarai calon parti itu bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Anggaran Waktu Membaca:
Siti Nurhaliza bakal tanding pilihan raya kecil?

(Gambar: Instagram/@ctdk)

Diterbitkan : 06 Feb 2019 03:52PM Dikemas Kini : 06 Feb 2019 03:55PM

ALOR SETAR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sama sekali tidak mengetahui nama penyanyi Siti Nurhaliza Tarudin dalam senarai calon parti itu bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Timbalan Presiden parti Mukhriz Mahathir berkata beliau yang terlibat secara langsung dalam proses penilaian dan pemilihan calon untuk Pilihan Raya Kecil Semenyih itu tidak menemui nama Siti Nurhaliza dalam senarai tersebut.

"Itu khabar angin sahaja sebab saya terlibat dalam proses pemilihan calon dan nama dia (Siti) tidak timbul setakat ini dan tak tahulah kalau ada cadangan lepas ni. Jadi anggota Bersatu atau tidak, itu pun saya tidak pasti," katanya kepada pemberita hari ini (6 Feb).

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai khabar angin Siti Nurhaliza akan bertanding mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil Semenyih yang dijadualkan berlangsung pada 2 Mac depan.

Siti Nurhaliza pada 5 Feb menafikan khabar angin beliau akan menjadi calon Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil DUN Semenyih.

Menulis di dalam laman Instagram miliknya, penyanyi popular itu yang menggunakan hashtag #BukanDunSemenyih #sayabukancalonbertanding #sayacumakayuhje dengan disertakan gambar beliau dan Khalid Mohd Jiwa berbasikal ke empangan Semenyih.

Pilihan Raya Kecil Semenyih itu diadakan ekoran kematian Ahli Dewan Undangan Negeri, Bakhtiar Mohd Nor, 57, pada 11 Januari lepas akibat serangan jantung.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan