Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Siti K dan seniman istimewa ini kongsi pengalaman buat penampilan di NDP

Setelah lima tahun tidak membuat penampilan bagi Perbarisan Hari Kebangsan (NDP), anak seni teater Singapura, Siti Khalijah Zainal, atau lebih dikenali sebagai "Siti K" akan beraksi semula sebagai hos NDP.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Setelah lima tahun tidak membuat penampilan bagi Perbarisan Hari Kebangsan (NDP), anak seni teater Singapura, Siti Khalijah Zainal, atau lebih dikenali sebagai "Siti K" akan beraksi semula sebagai hos NDP.

Tahun ini merupakan penampilan ketiga beliau sebagai satunya-satunya hos Melayu NDP.

Siti K akan disertai tiga hos lain - Sonia Chew, Joakim Gomez, dan Ebi Shankara.

Meskipun berpengalaman, lokasi NDP di Padang bakal mencipta pengalaman baru yang manis untuk dirinya.

"Saya berasa gembira dan teruja sekali kerana diberi peluang untuk kali ketiga untuk mengacarakan Hari Kebangsaan ini. Saya rasa ini adalah satu pencapaian yang besar untuk kerjaya saya selama ini sebagai seorang pelakon dan juga seorang pengacara," kata Siti.

Menurut beliau kali ini sangat berbeza kerana dua pelibatan sebelum ini berlangsung di Pentas Terapung Marina di mana semua penonton "di hadapan kita, menghadap kita".

"Tapi kali ini di Padang, lain sangat, berbeza sekali kerana penonton mengelilingi kita dan perasaannya sangat meriah. Amat berbeza sekali tetapi seronok," jelas Siti.

PELIBATAN PERTAMA SHEIKH DANIAL

Seorang lagi anak Melayu yang turut membuat penampilan NDP nanti ialah Sheikh Muhammad Danial.

Meskipun mengalami penyakit kekejangan otot atau 'muscular dystrophy' sejak berusia empat tahun lagi, kekurangan pada dirinya itu langsung tidak mematahkan semangatnya untuk menjalani latihan NDP selama 9 jam, pada setiap hari Sabtu.

Baginya, nyanyian rap yang digubahnya sendiri adalah satu hadiah istimewa yang ingin disumbangkan khas untuk Singapura.

"Saya berasa amat bangga kerana dapat menyertai Perbarisan Hari Kebangsaan dan bukan semua orang dapat menyertai atau menyumbang kepada Hari Kebangsaan kita.Jadi saya rasa amat berbanggalah," kongsinya.

Anak muda 25 tahun itu juga berharap beliau dapat menjadi pencetus inspirasi bagi golongan kurang upaya yang ingin turut ingin menyumbang bakti untuk negara. 

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan