Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Siti Hasmah bakal tampil dalam Konsert Duo Legenda

Buat julung-julung kalinya, isteri Perdana Menteri Malaysia, Dr Siti Hasmah bakal mengiringi persembahan penghibur tersohor, Jamal Abdillah dan M. Nasir. 

Anggaran Waktu Membaca:
Siti Hasmah bakal tampil dalam Konsert Duo Legenda

(Gambar: AFP/Facebook)

Diterbitkan : 08 Dec 2018 03:28PM Dikemas Kini : 08 Dec 2018 03:37PM

KUALA LUMPUR: Buat julung-julung kalinya, isteri Perdana Menteri Malaysia, Dr Siti Hasmah bakal mengiringi persembahan penghibur tersohor, Jamal Abdillah dan M. Nasir. Semestinya, ini membuat ramai pencinta muzik tanah air tidak sabar untuk menyaksikan Konsert Duo Legenda yang bakal dipersembahkan di Istana Budaya pada 20 hingga 23 Disember nanti.

Dalam satu wawancara bersama media tempatan, Jamal Abdillah mengatakan bahawa beliau sangat terharu dapat berganding dengan tokoh popular itu.

Malah, beliau mengatakan Dr Siti Hasmah sangat serius dan berdedikasi untuk menjayakan konsert tersebut.

"Tun Siti sangat menakjubkan. Saya amat terharu dan berasa sangat sebak kerana dapat bergandingan dengan beliau dalam konsert ini," kata Jamal Abdillah.

Jamal menambah, beliau sebelum ini tidak pernah terfikir akan mendapat kesempatan ini. Apatah lagi, Dr Siti Hasmah bakal menggesek biola bagi mengiringi nyanyiannya.

"Terima kasih Tun Siti," katanya dalam wawancara bersama Astro Awani.

Dr Siti Hasmah bakal berganding dengannya bagi persembahan lagu 'Fatwa Pujangga' dan 'Engkau Laksana Bulan'. Beliau juga akan tampil mengiringi persembahan Jamal dan seniman M.Nasir menerusi lagu 'Gubahanku' yang dinyanyikan secara duet oleh dua penghibur legenda itu.

Dengan kemunculan istimewa Dr. Hasmah nanti, penyanyi lagu Kekasih Awal Dan Akhir tidak dapat menyembunyikan perasaan penuh debaran.

"Tun Siti saling tidak ubah seperti ibu saya. Cara beliau bercakap dengan nilai keibuan, memberi idea dan pandangan untuk konsert ini membuatkan saya sungguh berbesar hati untuk bergandingan dengan beliau," katanya kepada Astro Awani.

Bukan itu sahaja, Dr. Siti Hasmah sempat mengundangnya untuk bersarapan di kediaman Perdana Menteri.

"Semasa bersarapan dengannya, kami berbincang mengenai persembahan kami akan datang. Bahkan, saya diminta untuk menyampaikan lagu sambil beliau bermain piano," kata Jamal. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan