Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Siti bakal rakam lagu untuk anak, dapat ilham di kamar mandi

Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza akan merakamkan lagu baru untuk anak sulungnya yang bakal dilahirkan pada Mac tahun depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Siti bakal rakam lagu untuk anak, dapat ilham di kamar mandi

(Gambar: @ctdk/ Instagram).

Diterbitkan : 21 Dec 2017 09:15AM Dikemas Kini : 21 Dec 2017 09:18AM

KUALA LUMPUR: Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza akan merakamkan lagu baru untuk anak sulungnya yang bakal dilahirkan pada Mac tahun depan.

Menurut laporan Astro Awani, Siti mengatakan bahawa idea untuk menghasilkan lagu untuk anaknya itu muncul ketika dalam bilik air namun proses rakaman masih dalam peringkat perbincangan.

"Lagu itu ciptaan saya sendiri dan melodi tercetus ketika saya berada dalam bilik air.

"Idea untuk menghasilkan lagu baru ini datang secara spontan dan 'mood' pun ada sejak masuk usia baru kandungan saya," kata Siti kepada Astro Gempak.

"Saya masih belum dengarkan lagu-lagu ini kepada penerbit tetapi saya mungkin akan pilih satu lagu terbaik untuk dirakamkan sebelum saya bersalin," tambah beliau.

Lagu itu bakal menjadi kenangan kepada bayinya terutama sekali apabila sudah dewasa kelak.

"Apabila dia sudah dewasa kelak, dia akan tahu bahawa ibunya pernah menciptakan lagu untuknya," tambah Siti.

Siti ditemui Astro Awani pada majlis sidang media pelancaran rancangan jurnal percutian CTDK-ation yang memaparkan gelagat dan aksi bersahaja percutian Siti bersama keluarganya ke Portugal, Sepanyol dan Dubai.

Rancangan itu bakal disiarkan pada 29 Disember ini di saluran Astro Ria jam 9.00 malam. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan