Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Siri drama jenayah 'Money Heist' akan diterbitkan semula dalam bahasa Korea

Siri drama jenayah popular Money Heist, yang kini ditayangkan di Netflix, akan diterbitkan semula dalam bahasa Korea.

Anggaran Waktu Membaca:
Siri drama jenayah 'Money Heist' akan diterbitkan semula dalam bahasa Korea

(Gambar: Facebook/Money Heist)

Diterbitkan : 01 Dec 2020 02:37PM Dikemas Kini : 01 Dec 2020 02:40PM

SINGAPURA: Siri drama jenayah popular Money Heist, yang kini ditayangkan di Netflix, akan diterbitkan semula dalam bahasa Korea.

Siri bahasa Sepanyol, yang judul asalnya adalah La Casa De Pape, berkisar pada sekumpulan perompak - diketuai oleh dalang jenayah yang dikenali sebagai Profesor - yang melakukan rompakan besar-besaran di Royal Mint of Spain, dan kemudian Bank Sepanyol.

Pengesahan mengenai olahan semula dalam bahasa Korea diumumkan pada Selasa (1 Dis) selepas rancangan mengenainya pertama kali diumumkan pada Jun, lapor Soompi.com

Ia akan menampilkan jalan cerita yang serupa mengenai sekumpulan orang yang mempunyai pelbagai kemahiran di bawah arahan seorang dalang jenayah. Bagaimanapun, penggambarannya akan bertalarkan Korea.

Olahan semula itu akan diarahkan oleh Kim Hon-sun, yang merupakan pengarah bagi siri seperti seperti Son: The Guest dan Voice. Skripnya akan ditulis oleh Ryu Yong-jae dan pasukannya, yang menulis Psychopath Diary.

Dalam siri asal Sepanyol, setiap anggota pasukan perompak diberi nama samaran sempena sebuah bandar untuk mengelakkan pengesanan, seperti Tokyo, Berlin, Moscow, Nairobi dan Oslo. Mereka juga terkenal kerana memakai pakaian 'jumpsuit' berwarna merah terang dan topeng Salvador Dali semasa melakukan jenayah.

Barisan pelakon belum lagi didedahkan, namun saluran-saluran media Korea melaporkan pada awal November bahawa pelakon Jeon Jong-seo telah ditawarkan peranan sebagai Tokyo.

Álex Pina, penerbit eksekutif Money Heist, berkata, “Selama bertahun-tahun, kandungan Korea telah merentasi sempadan dan memikat hati penonton seluruh dunia dengan penciptaan dan budaya yang tiada tandingannya, seperti yang dilakukan Money Heist sekarang. Itulah sebabnya kami tertarik dengan potensi Money Heist versi Korea. Saya ghairah untuk melihat apa yang akan berlaku apabila kes ini berkembang berlatarkan semenanjung Korea".

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan