Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Single Fazura 'Can't Forget Me' dapat sambutan hangat

Single pertama Inggeris penyanyi dan pelakon popular, Fazura berjudul ‘Can’t Forget Me’ berjaya menduduki tempat pertama dalam carta iTunes Malaysia, mengalahkan ‘7 rings’ nyanyian Ariana Grande.

Anggaran Waktu Membaca:
Single Fazura 'Can't Forget Me' dapat sambutan hangat

(Gambar: @missfazura/Instagram)

Diterbitkan : 19 Jan 2019 04:17PM Dikemas Kini : 19 Jan 2019 04:22PM

KUALA LUMPUR: Single pertama Inggeris penyanyi dan pelakon popular, Fazura berjudul ‘Can’t Forget Me’ berjaya menduduki tempat pertama dalam carta iTunes Malaysia, mengalahkan ‘7 rings’ nyanyian Ariana Grande.

Lagu Fazura dilancarkan semalam (18 Jan), bertepatan dengan hari pelancaran single Ariana Grande.

Fazura menerusi catatan Instagramnya meluahkan rasa teruja dan berterima kasih kepada para pendengar apabila lagu yang mengetengahkan lirik tentang usaha memperkasakan wanita dan berentak ‘catchy’ itu mendapat sambutan menggalakkan daripada para peminatnya.

(Gambar: @missfazura/Instagram)

“No. 1 dalam tempoh 7 jam selepas dilancarkan??? Guys!! Thank you!!! Saya benar-benar berbesar hati.

“Saya gembira ramai yang menyukai lagu itu sama seperti saya. Saya harap anda akan mendengar lagu saya dan berasa 'empowered', terhibur. Lagu ini untuk ANDA!” luah Fazura.

'Can’t Forget Me' yang dirakam di Los Angeles, Amerika Syarikat ini adalah hasil ciptaan Fazura sendiri, Willy Beaman dan Cameron Forbes untuk album keduanya yang akan diterbitkan tidak lama lagi. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan