Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Sinar Lebaran tampilkan Ayda Jebat, Othman Hamzah dan Eddy Nor Ali

Bagi anda yang masih sibuk di rumah, rancangan hiburan Hari Raya, Sinar Lebaran bakal menemani persiapan malam Raya anda.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Bagi anda yang masih sibuk di rumah, rancangan hiburan Hari Raya, Sinar Lebaran bakal menemani persiapan malam Raya anda.

Dengan tema nostalgia, Sinar Lebaran kali ini mengimbau kenangan lama yang dekat di hati para penonton semasa menyambut Hari Raya.

Nostalgia lagu-lagu Hari Raya malar segar akan 'dihidupkan' kembali melalui dendangan gabungan artis lama dan bakat-bakat muda. Mereka disertai sama penyanyi seberang tambak, Ayda Jebat.

Beberapa artis 'otai' seperti Eddy Nor Ali dan Othman Hamzah pula akan turut tampil untuk membuat persembahan setelah lama menyepi.

Selain persembahan nyanyian, para penonton pasti akan tidak kering gusi dengan telatah para pelawak seperti Era Farida, Hamzah Adon dan Sahfuddin Mahfuz.

Sketsa yang diselang-selikan dengan jenaka serta kenangan-kenangan manis sambutan Hari Raya pasti akan meruntun jiwa para penonton tidak kira usia.

"Kita menerapkan tema nostalgia dan tema kejiranan ataupun persaudaraan di mana lagu-lagu yang kita ketengahkan ataupun sketsa-sketsa yang kami ketengahkan memaparkan ciri-ciri ataupun elemen-elemen yang kita rasa dekat di hati semasa menyambut Hari Raya," kata Ketua Unit Audiens Melayu Mediacorp, Sabariah Ramilan.

Dengan gandingan dua hos hebat iaitu Najip Ali dan Fiza O, malam raya anda pasti akan terhibur hingga ke hujung rancangan. 

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan