Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Shuib terharu akhirnya dapat sentuh, cium anak bongsu

“Alhamdulillah… di hari kelahiran, Allah hadiahkan berita gembira. Dah boleh ke hospital tengok Ayash Affan" - luah Shuib, yang baru-baru ini kehilangan isterinya Siti Sarah.

Anggaran Waktu Membaca:
Shuib terharu akhirnya dapat sentuh, cium anak bongsu

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 14 Sep 2021 09:34PM Dikemas Kini : 14 Sep 2021 09:38PM

KUALA LUMPUR: Selebriti Malaysia Shuib Sepahtu meluahkan rasa syukur kerana setelah sekian lama beliau akhirnya dapat mengucup anak bongsunya, Ayash Affan.

Menurut pelakon dan pelawak yang menyambut hari lahirnya yang ke-37, anugerah itu dianggap sebagai satu hadiah paling bermakna, lapor Astro Awani.

Ini lebih-lebih lagi memandangkan beliau tidak lama sebelum ini baru kehilangan isteri kesayangan, penyanyi terkenal Siti Sarah.

Meluahkan perasaannya dalam catatan 'Story' di akaun Instagramnya hari ini (14 Sep), Shuib menulis:

“Alhamdulillah… di hari kelahiran, Allah hadiahkan berita gembira. Dah boleh ke hospital tengok Ayash Affan.

“Ia akan jadi hari pertama melihat dan menyentuh Ayash Affan.”

Astro Awani melaporkan, Ayash masih ditempatkan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia di Kuala Lumpur selepas dilahirkan tidak cukup bulan pada 6 Ogos lalu.

Astro Awani melaporkan, Shuib turut terkenang dalam satu catatan berasingan tentang pesan arwah isterinya semasa mengandungkan anak bongsunya itu.

“Masih ingat lagi ibu (Siti Sarah) selalu cakap benda yang sama berulang kali ‘baby keempat ini you jaga dia tau, you jaga okay”.

“Insya-Allah sayang. I akan jaga dia macam mana I jaga you sampailah dia jadi anak yang soleh, anak yang akan menjadi kebanggaan you dunia dan akhirat,” luah Shuib.

Siti Sarah Raissuddin, 36 tahun, menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 9 Ogos lalu di HCTM akibat jangkitan COVID-19.

Sebelum itu, Allahyarhamah menjalani pembedahan dalam keadaan tidak sedarkan diri untuk melahirkan Ayash ketika kandungannya berusia lapan bulan.

Allahyarhamah Siti Sarah dan Shuib sebelum ini dikurniakan tiga lagi zuriat iaitu berusia antara enam hingga 10 tahun.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan