Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Sherry Alhadad cerita pengalaman ditendang masuk longkang gara-gara gemuk

Pengacara dan pelakon Sherry Alhadad menceritakan pengalamannya dibuli kerana penampilan fizikal beliau.

Anggaran Waktu Membaca:
Sherry Alhadad cerita pengalaman ditendang masuk longkang gara-gara gemuk

(Gambar: sherry_alhadad/ Instagram)

Diterbitkan : 27 Mar 2018 09:45PM Dikemas Kini : 27 Mar 2018 09:52PM

KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelakon Sherry Alhadad menceritakan pengalamannya dibuli kerana penampilan fizikal beliau.

Menerusi posting di laman Instagram milik Sherry, pengacara rancangan Rockanova itu mengenang kembali memori yang dilaluinya semasa berada di bangku sekolah, lapor Astro Awani. 

“Cintai diri anda seadanya... Dari kecik dulu saya selalu diejek dengan perkataan 'GEMUK'.

“Saya kena buli semasa sekolah rendah, pernah saya jalan kaki ke sekolah saya ditendang sampai jatuh longkang dan saya tidak buat apa-apa yang salah pun dengan dia.

“Diskriminasi ada di mana-mana, tapi jangan jadikan itu alasan untuk terus menjadi lemah.. Be yourself be fabulous be true be positive dan paling penting cintai diri anda,” tulis Sherry seperti ditukil Astro Awani. 

RAMAI KONGSI NASIB SERUPA

Catatan Sherry mendapat perhatian insan-insan yang melalui nasib serupa dengan dirinya.

"Saya dapat merasakan perasaan anda, saya pun bersaiz besar. Tetapi yang penting sayang diri kita sendiri dan be yourself (jadi diri anda sendiri),” tulis pengguna bernama @eoforhildkassandra.

“Sama kak Sherry, saya masa sekolah pernah kena pulau pastu diejek badak... Tak buat salah apa pun... We are strong,” tulis @norhadaniah_sayed.

“Betul... Orang pandang rendah pada orang gemuk... Saya pun gemuk juga. Mereka fikir orang gemuk ni tak reti buat kerja, lembab, macam-macamlah... Sakit hati ni bila dikenang kembali.. Harus ingat, semua orang mempunyai kelebihan masing-masing” tulis @hazrina_zainal.

Menurut Astro Awani, Sherry kini sedang sibuk dengan tugasnya sebagai pengacara rancangan Muzik Muzik 33 dan The Sherry Show & Friends.

Dalam perkembangan lain, Sherry bakal muncul dalam pementasan Lawak Ke Der 2018 yang bakal berlangsung pada 29 sehingga 31 Mac ini sebagai pengacara bersama Shuk SYJ.

Lawak Ke Der 2018 dimeriahkan dengan penampilan Datuk Afdlin Shauki, Shiro, Gurmit Singh dan penampilan istimewa, Datuk Zainal Abidin. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan