Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Shazam! jana kutipan baik pada hujung minggu pembukaan

Mungkin ramai yang belum 'pulih' daripada demam adiwira Marvel, namun filem Shazam! pula membuktikan filem-filem dari komik saingan, DC Comics, boleh diatasi dengan begitu mudah.

Anggaran Waktu Membaca:
Shazam! jana kutipan baik pada hujung minggu pembukaan

(Gambar: Facebook/Shazam! Movie)

Diterbitkan : 10 Apr 2019 10:20PM Dikemas Kini : 10 Apr 2019 10:33PM

LOS ANGELES: Mungkin ramai yang belum 'pulih' daripada demam adiwira Marvel, dengan filem Captain Marvel ditayangkan hanya bulan lalu. Filem penutup Avengers, Avengers: Endgame pula bakal membuka tirai bulan ini. Namun ini tidak bermakna filem-filem dari komik saingan, DC Comics, boleh diatasi dengan begitu mudah.

Malah, dengan kutipan tiket bernilai AS$56.8 juta (S$77 juta) bagi hujung minggu pertama sejak tayangan perdananya, filem Shazam! terbitan Warner Bros menunjukkan bahawa DC Comics juga boleh berjaya menghasilkan filem yang menyeronokkan berbanding kisah-kisah gelap dan serius yang biasa dikeluarkannya, menurut pemantau industri Exhibitor Relations pada Isnin (8 Apr).

Filem mesra keluarga itu dibintangi Asher Angel sebagai Billy Baston, seorang anak titipan yang berubah menjadi watak adiwira dewasa yang sasa (Zachary Levi) setiap kali seseorang menyeru kata hikmat.

Menurut Hollywood Reporter, ulasan filem dan respons penonton rata-rata sangat positif.

Kutipan pasaran tempatan sepanjang tiga hari hujung minggu boleh dikatakan agak memuaskan berbanding kos AS$80 juta (S$108.4 juta) untuk menerbitkannya - terutama sekali setelah Warner dan New Line mengambil kira kutipan yang mencatat AS$102 juta (S$138 juta) setakat ini.

Satu lagi filem baru, Pet Sematary pula mendapat kutipan AS$24.5 juta (S$33 juta), menurut laporan Variety.

Filem Disney, Dumbo menyusul dengan kutipan domestik AS$18.2 juta (S$24.7 juta), kurang 60 peratus berbanding kutipan semasa tayangan perdana filem tersebut.

Bagaimana pula dengan prestasi Captain Marvel? Filem yang dibintangi pemenang Oscar, Brie Larson itu mengutip AS$12.4 juta (S$16.8 juta), meletakkannya di tangga kelima berbanding kutipan filem lain di Amerika Syarikat hujung minggu ini.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan