Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Sharnaaz Ahmad mohon maaf kepada anak tunggalnya

Mengenang nasib anak tunggalnya sedang rumah tangganya diuji ketika ini, pelakon Sharnaaz Ahmad hanya setakat mampu memohon maaf kepadanya.

Anggaran Waktu Membaca:
Sharnaaz Ahmad mohon maaf kepada anak tunggalnya

Sharnaaz Ahmad bersama anak lelakinya, Jebat Jayden. (Gambar: Sharnaaz Ahmad/Instagram)

Diterbitkan : 13 Sep 2019 01:45PM Dikemas Kini : 13 Sep 2019 01:55PM

KUALA LUMPUR: Mengenang nasib anak tunggalnya sedang rumah tangganya diuji ketika ini, pelakon Sharnaaz Ahmad hanya setakat mampu memohon maaf kepadanya.

"Ba minta maaf, sayang. Ba sayang kamu dengan nyawa Ba... besar nanti kamu faham ya," kata Sharnaaz dalam catatan di laman Instagramnya pada Khamis (12 Sep).

Luahan hati pelakon Malaysia itu, di samping klip video beliau bersama anak lelakinya Jebat Jayden yang berusia setahun, turut menyentuh perasaan ramai netizen yang mendoakan agar Sharnaaz dan isterinya, Noor Nabila Mohd Noor, kembali berbaik.

Nabila memfailkan permohonan cerai pada 27 Ogos lalu, lapor laman mStar.

Menurut laporan mStar lagi, menerusi permohonan penceraian itu, Nabila berkata beliau dan Sharnaaz tinggal berasingan sejak Februari tahun lalu kerana tiada lagi persefahaman antara mereka.

Bagaimanapun, Sharnaaz pada Rabu (11 Sep) menolak permohonan cerai yang difailkan isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur sambil mengatakan beliau ingin terus menyelamatkan rumah tangga yang dibina sejak dua tahun lalu, lapor Astro Awani.

Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017.

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan