Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Sharnaaz Ahmad, Erra Fazira ucap selamat kepada bekas pasangan masing-masing

Sharnaaz Ahmad, Erra Fazira ucap selamat kepada bekas pasangan masing-masing.

Anggaran Waktu Membaca:
Sharnaaz Ahmad, Erra Fazira ucap selamat kepada bekas pasangan masing-masing

Sharnaaz Ahmad, Erra Fazira. (Gambar: Instagram)

Diterbitkan : 20 Mar 2021 03:46PM Dikemas Kini : 20 Mar 2021 04:04PM

KUALA LUMPUR: Pelakon Sharnaaz Ahmad dan Erra Fazira menitipkan ucapan selamat kepada pasangan pengantin baru Engku Emran Engku Zainal Abidin dan Noor Nabila Mohd Noor, sempena majlis pernikahan mereka.

Sharnaaz Ahmad merupakan bekas suami Noor Nabila manakala Erra Fazira pula merupakan bekas isteri Engku Emran.

Menerusi catatan di laman Instagramnya, Sharnaaz menyampaikan pesanan buat Noor Nabila dan Engku Emran agar memelihara anaknya, Jebat Jayden dengan sebaik mungkin.

Catatan itu berbunyi: "Selamat pengantin baru Nabila dan Emran... semoga berbahagia ke anak cucu. Jaga Jebat elok elok naaa."

Jebat, tiga tahun adalah satu-satunya anak hasil perkahwinan Sharnaaz dengan Noor Nabila yang merupakan kakak kepada pengacara dan usahawan Noor Neelofa.

Sharnaaz dan Noor Nabila bernikah pada Mac 2017 namun berpisah pada Julai 2020.

Catatan Sharnaaz itu mendapat perhatian warga siber dan rakan-rakan artis lain yang mendoakan agar kehidupannya dipermudahkan.

Ada juga warga siber yang mendoakan Sharnaaz agar segera bertemu jodoh sekali gus mengakhiri zaman dudanya.

Erra Fazira pula menerusi satu panggilan telefon dengan Astro Awani, menitipkan doa semoga bahtera rumah tangga yang dibina bekas suaminya, Engku Emran dengan Noor Nabila akan berkekalan hingga ke syurga.

“Tahniah buat pengantin baharu. Doa saya semoga (perkahwinan) mereka kekal hingga ke jannah dan berbahagia zahir batin di dunia dan akhirat,” kata Erra kepada Astro AWANI ketika dihubungi.

Erra merupakan bekas isteri Engku Emran, 46 tahun, dan hasil daripada perkahwinan itu mereka dikurniakan anak perempuan yang sudah menginjak usia remaja, bernama Engku Aleesya, 11 tahun.

Selepas perceraian mereka pada 2014, Engku Emran bernikah dengan pelakon Indonesia Laudya Cynthia Bella pada 8 September 2017.

Bagaimanapun, pada 1 Julai 2020, Laudya mengumumkan pernikahannya dengan Engku Emran sudah berakhir.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan