Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Sharifah Amani mengaku pernah fobia berbahasa Melayu

Pelakon Malaysia Sharifah Amani membuat pengakuan bahawa beliau pernah fobia untuk mempelajari dan bertutur dalam bahasa Melayu.

Anggaran Waktu Membaca:
Sharifah Amani mengaku pernah fobia berbahasa Melayu

(Gambar: Kosmo)

Diterbitkan : 14 Sep 2019 02:58PM Dikemas Kini : 14 Sep 2019 02:59PM

KUALA LUMPUR: Pelakon Malaysia Sharifah Amani membuat pengakuan bahawa beliau pernah fobia untuk mempelajari dan bertutur dalam bahasa Melayu.

Pengakuan pelakon itu, Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya, 33 tahun, dikongsi menerusi komen yang dibuat di akaun Instagram pengarah filem, Shahrulezad Mohameddin, lapor Kosmo.

Pelakon yang mesra disapa Nani itu berkongsi bahawa pada awal kemunculannya, beliau pernah menimbulkan kontroversi selepas mengaku tidak pandai berbahasa Melayu ketika menerima anugerah.

Menurut Kosmo, tindakannya itu mengundang pelbagai kecaman dan disalah tafsir oleh pelbagai pihak.

"Nani dulu pun mengaku tidak pandai bercakap dalam bahasa Melayu. Nani bagi tahu semua orang bukan mahu berbangga sebaliknya hanya berlaku jujur. Mungkin cara Nani meminta pertolongan silap.'"

"Pada masa itu Nani teruk dikecam. Masa kena kecam Nani semakin menjauhkan diri dari menggunakan bahasa Melayu dan berasa fobia. Pergi ke mana-mana orang sentiasa kutuk sehingga takut hendak berbahasa Melayu," katanya.

Menurut Sharifah Amani, beliau bagaimanapun bersyukur kerana setelah bekerja bersama pengarah Shahrulezad Mohameddin menerusi drama Emil Emilda, Shahrulezad tidak pernah menunjukkan rasa sangsi dan tidak jemu memberikan tunjuk ajar.

"Terima kasih abang (Shahrulezad). Sewaktu itu ada abang, Bahri dan Isma serta semua di set mengajar Nani. Sekarang Nani dah buat teater monolog dalam bahasa Melayu dan berdebat," katanya.

Tambah pelakon Sepet itu lagi, beliau kini mampu menggunakan bahasa Melayu dengan baik tetapi mengakui masih berada pada proses pembelajaran.

Sebelum ini, pengarah drama 'Nur' itu memuat naik status berbaur sindiran dengan kapsyen 'Bahasa Jiwa Bangsa.'

Dalam catatan itu, Shahrulezad berkata orang Melayu yang secara terbuka bangga mengakui tidak pandai bercakap bahasa Melayu adalah sesuatu yang memualkan.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan